Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL300
SOALAN
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan status terkini berkenaan isu atau cadangan yang pernah dibawakan berkenaan pembinaan Kawasan RnR (rehat dan rawat) di beberapa tempat sepanjang lebuh raya?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Pihak Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengenalpasti 3 tapak kawasan rehat dan rawat iaitu Tapak Ikas di Kg Keriam, Daerah Tutong, Tapak Kg Binchaya di Telisai Daerah Tutong dan Tapak Sibonghutan di Tanah Jambu, Daerah Brunei dan Muara.
Inisiatif ini amat penting bukan sahaja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan para pengguna lebuh raya, malah berfungsi sebagai platform berkesan bagi menjana peluang perniagaan dan ekonomi kepada pengusaha tempatan dan ingin mengongsikan bahawa Kemajuan status pembinaan Rehat & Rawat ini telah dilaksanakan melalui tiga fasa utama.
Pertama, kajian awam secara talian (google form) selama satu setengah (1.5) bulan yang telah bermula dari 24hb September 2021 hingga 11hb November 2021. Kajian ini menerima sambutan sebanyak 2,240 penyerahan di mana sebanyak 92% (2,058) maklumbalas menyokong pembinaan kawasan Rehat & Rawat di sepanjang Lebuhraya Muara-Tutong.
Sebagai langkah permulaan, Kementerian memilih Tapak Ikas di Kampung Keriam, Daerah Tutong (seluas 2.701 ekar) sebagai projek perintis. Pengiklanan Expression of Interest (EOI) telah dikeluarkan pada 20 November 2023 bagi menarik minat pelabur swasta yang mana sebanyak tiga (3) buah syarikat tempatan telah mengemukakan cadangan bernilai komersial.
Bagi status yang terkini, Kementerian telah membuka pengiklanan bagi Request for Proposal (RFP) pada 23hb Mei 2026 yang mana tempoh tutup permohonan adalah pada 1hb September 2026.
Selepas tarikh tutup RFP pada 1 September 2026, Kementerian akan melaksanakan penilaian teknikal dan kewangan bagi memilih pemaju swasta yang memenuhi keperluan.
Projek perintis di Tapak Ikas ini akan menjadi tanda aras (benchmark) bagi meneruskan pembinaan kemudahan Rehat & Rawat di lokasi-lokasi lain pada masa hadapan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.