Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL307

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan dalam usaha mempercepatkan kepelbagaian ekonomi negara, apakah sektor baharu yang dikenal pasti sebagai pemacu pertumbuhan dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, serta apakah strategi dan insentif bagi memastikan sektor ini menjana pelaburan dan sumbangan signifikan kepada KDNK?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Dalam usaha mempercepatkan kepelbagaian ekonomi negara, Kerajaan akan terus menilai dan meneroka peluang-peluang baharu berdasarkan perkembangan ekonomi global, kemajuan teknologi, perubahan permintaan pasaran serta kelebihan daya saing negara.

Pendekatan ini bertujuan untuk memperluaskan asas ekonomi negara, meningkatkan daya tahan (resilience) dan keterangkuman (inclusiveness) ekonomi, menarik pelaburan berkualiti, menjana peluang pekerjaan bernilai tinggi, serta memperkukuh pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Kerajaan akan terus memfokuskan kepada 5 sektor keutamaan iaitu:

  1. Sektor hiliran minyak dan gas melalui pembangunan produk petrokimia dan derivatif bernilai tinggi.
  2. Sektor makanan dengan memperkukuh keterjaminan makanan negara, meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dan memperluaskan potensi eksport produk agrimakanan.
  3. Sektor pelancongan melalui usaha menarik lebih ramai pelancong ke Negara Brunei Darussalam dengan memanfaatkan keunikan warisan budaya, alam semula jadi dan biodiversiti negara.
  4. Sektor teknologi maklumat dan komunikasi bagi mempercepatkan transformasi digital melalui pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Data; penyelesaian digital dan pembangunan perisian; serta pengukuhan industri media kreatif.
  5. Sektor perkhidmatan khususnya aktiviti pengangkutan dan logistik dengan memperkukuh kedudukan negara sebagai hab pengangkutan, logistik kargo dan transhipment bagi rantau BIMP-EAGA.

Disamping itu, pihak Kerajaan juga mengenal pasti sektor yang berpotensi untuk diterokai dan diperkembangkan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi masa hadapan seperti sektor Pembuatan, termasuk Advanced Manufacturing seperti pembuatan hiliran aluminium dan pembuatan lanjut berasaskan petrokimia.

Antara strategi yang sedang dan akan dilaksanakan dalam memastikan sektor ini dapat menjana kepada pertumbuhan ekonomi adalah seperti:

  1. Menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai tambah tinggi yang berupaya memacu pemindahan teknologi, inovasi dan penjanaan pekerjaan berkemahiran tinggi.
  2. Memperkukuh pembangunan perniagaan tempatan bagi meningkatkan produktiviti, daya saing dan penyertaan dalam rantaian nilai industri.
  3. Menyediakan infrastruktur industri yang kondusif melalui kemudahan asas, utiliti dan ekosistem perniagaan yang cekap bagi menyokong pertumbuhan pelaburan.
  4. Menggalakkan aktiviti berorientasikan eksport dan penggantian import bagi memperluas akses pasaran, meningkatkan nilai eksport serta mengurangkan kebergantungan kepada import.
  5. Memudahcara pelaburan dan memperkukuh persekitaran perniagaan, termasuk menambahbaik proses permohonan dan memperkasa kecekapan tadbir urus kerajaan.
Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.