Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-100826-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL169

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan setakat manakah intervensi berasaskan bukti (evidence-based intervention) telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengatasi isu yang berkaitan dengan sasaran kadar penamatan kursus IBTE yang hanya 90% dan berpotensi kehilangan 10% modal insan yang tidak menamatkan kursus.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Untuk makluman, sasaran kadar penamatan kursus IBTE sekurang-kurangnya 90% merupakan sasaran yang munasabah dan selaras dengan amalan lazim institusi pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat serantau serta antarabangsa. Sasaran ini ialah kadar minimum yang perlu dicapai dan bukannya had maksimum. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan, kadar penamatan kursus IBTE berada antara 87% hingga 91%, manakala kadar yang dicatatkan pada tahun 2025 ialah 89%.

Kementerian Pendidikan melalui IBTE telah menganalisis data pelajar bagi mengenal pasti faktor yang menjejaskan penamatan pengajian. Pada tahun 2025, pelajar yang belum menamatkan pengajian terdiri daripada mereka yang berhenti pengajian sebanyak 4%, mengulang modul 4%, diberhentikan 2%, menangguhkan pengajian 1% dan meninggal dunia 0.01%.

Analisis lanjut menunjukkan bahawa dalam kalangan pelajar yang berhenti pengajian, 53% telah menerima tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian, 24% melanjutkan pengajian di institusi lain, 17% disebabkan faktor peribadi atau keluarga dan 6% kerana masalah kesihatan. Oleh itu, pelajar yang tidak menamatkan kursus tidak semestinya dianggap sebagai kehilangan modal insan, khususnya mereka yang telah memasuki alam pekerjaan atau meneruskan pendidikan melalui laluan lain.

Walau bagaimanapun, Kementerian tetap mengambil serius isu pelajar yang tidak menamatkan pengajian, khususnya disebabkan faktor akademik, kehadiran, kesihatan dan kesejahteraan. Berdasarkan dapatan tersebut, beberapa intervensi bersasar telah dilaksanakan, antaranya:

  • memantau kehadiran, pencapaian akademik dan tingkah laku pembelajaran bagi mengenal pasti pelajar berisiko pada peringkat awal;
  • menyediakan bimbingan akademik, kaunseling, bantuan kebajikan dan bimbingan kerjaya serta melibatkan ibu bapa atau penjaga apabila diperlukan;
  • menyediakan program pemulihan dan sokongan bagi pelajar yang perlu mengulang modul;
  • memperkukuh pengajaran berpusatkan pelajar, latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran digital; dan
  • memperluas pendedahan industri melalui program perantisan, penempatan industri, ceramah kerjaya serta penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum.

Keberkesanan awal intervensi ini dapat dilihat melalui peningkatan kadar penamatan dalam kalangan pelajar yang mengulang modul, daripada 77.8% pada tahun 2024 kepada 79.9% pada tahun 2025. Peningkatan ini memberikan petunjuk awal bahawa sokongan akademik yang dilaksanakan telah membantu lebih ramai pelajar meneruskan dan menamatkan pengajian.

Pada tahun 2026, IBTE akan memperkukuh pendekatan ini melalui pembangunan dashboard bagi memantau status pelajar secara masa nyata dan melaksanakan analisis kadar penamatan kursus secara lebih terperinci. Dapatan analisis tersebut akan digunakan untuk menilai keberkesanan intervensi sedia ada dan merangka tindakan yang lebih bersasar.

Kementerian Pendidikan akan terus memantau kadar penamatan kursus dan menilai semula kesesuaian sasaran serta keperluannya dari semasa ke semasa dengan mengambil kira prestasi IBTE dan penanda aras serantau serta antarabangsa. Usaha ini bukan sahaja bertujuan mencapai sasaran minimum 90%, tetapi juga meningkatkan kadar penamatan secara berterusan dan memastikan pelajar yang berisiko menerima intervensi yang bersesuaian pada peringkat awal.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.