Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-030826-Hari-Pertama.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL172

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan mengimbangi peranan Brunei sebagai tuan rumah ASEAN Centre for Climate Change dengan laporan yang merekodkan pelepasan karbon per kapita tertinggi di ASEAN? Apakah langkah untuk memperkukuh usaha penyahkarbonan tempatan (local decarbonisation) menunjukkan kepimpinan serantau serta memastikan kemajuan yang boleh diukur di bawah Dasar Perubahan Iklim Negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kerajaan mengambil maklum laporan kedudukan pelepasan karbon per kapita Negara Brunei Darussalam dalam perbandingan negara-negara ASEAN. Pelepasan karbon per kapita adalah antara salah satu metrik perbandingan dalam mengukur pelepasan gas rumah hijau sesebuah negara. Pelepasan per kapita dikira dengan membahagikan jumlah pelepasan negara dengan jumlah penduduknya.

Dengan jumlah penduduk negara yang terendah di ASEAN, iaitu kira-kira empat ratus enam puluh ribu (460,000) orang, pelepasan mutlak sebanyak lima belas (15) juta tan carbon dioxide equivalent adalah juga salah satu yang terendah di ASEAN.

Oleh itu, pelepasan per kapita perlu ditafsir bersama jumlah mutlak dan konteks nasional seperti struktur ekonomi dan tahap pembangunan.

Pelepasan gas rumah hijau negara pula adalah sebanyak kosong perpuluhan kosong dua peratus (0.02%) pelepasan global. Walaupun pelepasan negara adalah sangat kecil berbanding pelepasan global, negara juga turut mengekalkan kira-kira tujuh puluh dua peratus (72%) hutan, antara liputan tertinggi di ASEAN, yang bertindak sebagai penyerap karbon semula jadi.

Namun, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita masih sahaja perlu terus memainkan peranan dalam mengurangkan pelepasan karbon. Penggunaan tenaga, makanan dan barangan harian turut mempengaruhi jumlah pelepasan.

Di negara ini, Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan perkhidmatan asas seperti bekalan elektrik dan air mampu dinikmati bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta daya saing industri tempatan. Namun, kemudahan ini turut menyumbang kepada corak penggunaan yang lebih tinggi berbanding purata serantau. Justeru, Kerajaan menggalakkan penggunaan yang lebih bertanggungjawab, berhemah dan cekap secara menyeluruh, termasuk mengurangkan pembaziran tenaga, makanan dan sumber lain, serta menyertai inisiatif seperti Protokol Hijau dan amalan 3R (Reuse, Reduce, Recycle).

Peranan Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah ASEAN Centre for Climate Change (ACCC) mencerminkan komitmen negara dalam menangani perubahan iklim. Sebagai badan pemikir, hab pengetahuan, penyelaras strategik dan penyepadu inisiatif tindakan iklim ASEAN, ACCC akan menyokong usaha memperkukuhkan kerjasama, perkongsian ilmu dan penyelarasan tindakan iklim, yang turut menyokong usaha negara ke arah peralihan rendah karbon dan berdaya tahan iklim serta aspirasi Net Zero.

Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BNCCP) menjadi kerangka utama peralihan rendah karbon melalui 10 strategi mitigasi, adaptasi dan kedayatahan, serta strategi-strategi pemboleh. Sejak pelancaran BNCCP pada tahun 2020, negara telah berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau berbanding senario Business-as-usual setiap tahun.

Selaras dengan hala tuju BNCCP, Kerajaan terus memperkukuh pelaksanaan strategi dan inisiatif ke arah pengurusan pelepasan serta pertumbuhan rendah karbon di sepanjang rantaian, seperti mengurangkan pelepasan daripada aktiviti venting dan flaring dalam sektor minyak dan gas melalui peningkatan kecekapan operasi, pemantauan yang lebih berkesan serta pemanfaatan gas yang sebelum ini dilepaskan atau dibakar.

Kapasiti tenaga boleh diperbaharui pula, khususnya tenaga suria, telah ditingkatkan kepada enam puluh tiga (63) megawatt-peak (MWp) dari tujuh (7) megawatt-peak (MWp) pada tahun 2024.

Pada masa yang sama, Kerajaan terus memperluas langkah-langkah kecekapan dan penjimatan tenaga bagi membudayakan penggunaan elektrik yang lebih cekap dan berhemat, termasuklah melaraskan kadar tarif elektrik sektor komersial dari regresif ke progresif yang akan dilaksanakan pada tahun 2028. Kesemua usaha ini dilaksanakan secara bersepadu bagi menyokong pencapaian objektif BNCCP, khususnya dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan memacu pertumbuhan rendah karbon negara.

Bagi memastikan kemajuan boleh diukur, negara juga telah mengemukakan Nationally Determined Contributions di bawah Perjanjian Paris, disokong oleh BNCCP dan Mandatory Reporting Directive, yang dilancarkan pada tahun 2023, bagi pelaporan mandatori. Di peringkat serantau pula, negara juga telah memacu pembangunan kapasiti dengan menganjurkan latihan seperti ASEAN Regional Workshop on Carbon Pricing and Carbon Markets, dan Workshop on Greenhouse Gas Inventories Asia.

Secara keseluruhan, tindakan iklim negara memberi tumpuan bukan sahaja kepada pengurangan pelepasan, tetapi juga pembinaan daya tahan, melalui pendekatan pragmatik, seimbang dan proaktif bagi menyokong kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.