Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-030826-Hari-Pertama.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL193

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan beralih daripada pendekatan reaktif seperti penyimpanan stok kepada proactive scenario planning dan penilaian risiko bagi memperkukuh daya tahan negara menghadapi kejutan geopolitik, ekonomi dan alam sekitar serta gangguan rantaian bekalan global semakin kompleks?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kilang Penapisan Brunei di Seria (Brunei Shell Refinery – BSR) telah ditutup pada tahun 2021 selepas beroperasi selama hampir empat dekad. Sejak itu, kerja-kerja mengosongkan kemudahan daripada hidrokarbon serta memastikan tapak berada dalam keadaan selamat telah berjaya diselesaikan. Pada masa ini, tapak tersebut masih berada di dalam kawasan konsesi Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP).

Bagi menilai potensi penggunaan semula tapak tersebut, Syarikat BSP dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) telah melaksanakan penilaian menyeluruh termasuk penglibatan pasaran melalui Request for Information (RFI) bagi menilai potensi penggunaan semula tapak tersebut. Berdasarkan hasil penilaian tersebut, keputusan telah dibuat untuk meneruskan kerja-kerja perobohan (demolition) kemudahan kilang penapisan.

Pada masa ini, Syarikat BSP sedang merangka strategi kontrak bagi kerja-kerja perobohan, termasuk pengurusan bahan yang boleh dikitar semula bagi mendapatkan nilai yang optimum. Penilaian turut dijalankan bagi mengenal pasti kemudahan tertentu, seperti gudang dan bengkel, yang berpotensi diurus secara berasingan bagi meningkatkan kecekapan proses penyahtauliahan dan pemulihan tapak.

Pelan pelaksanaan dan jadual kerja terperinci dijangka dimuktamadkan pada tahun 2026 ini. Kerja-kerja perobohan dijangka bermula pada tahun 2027 dan mengambil masa sekitar dua tahun untuk diselesaikan.

Tapak BSR yang berkeluasan kira-kira dua belas perpuluhan enam tujuh (12.67) hektar mempunyai lokasi strategik kerana berhampiran dengan infrastruktur minyak dan gas yang masih beroperasi termasuk Seria Crude Oil Terminal (SCOT), serta mempunyai akses kepada rangkaian jalan utama di kawasan Seria. Potensi pembangunan jangka panjang kawasan tersebut akan dinilai dengan lebih lanjut. Antara pilihan yang sedang dipertimbangkan ialah mengekalkan tapak tersebut bagi menyokong keperluan operasi sektor minyak dan gas pada masa hadapan atau menyerahkannya kepada Kerajaan untuk dimanfaatkan bagi pembangunan industri dan ekonomi yang bersesuaian.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.