Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL258

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan strategi-strategi baru berimpak tinggi yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan sumbangan empat sektor utama yang lain selain industri hiliran, terutamanya dalam meluaskan asas ekonomi dan hasil negara serta meningkatkan resilience dan inclusiveness, kerana peningkatan nilai eksport dan sumbangan kepada KDNK sektor bukan minyak dan gas sebahagian besarnya disumbang oleh industri hiliran.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Antara strategi-strategi baru berimpak tinggi yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan sumbangan empat sektor utama yang lain selain industri hiliran:

1) Pelancongan – Visit Brunei Year (VBY) 2027 dan Regenerative Tourism

Dengan adanya VBY 2027 adalah diharapkan untuk menjadi booster bagi perkembangan industri pelancongan. Strategi VBY 2027 telah pun saya nyatakan di sebelum ini.

Manakala konsep Regenerative Tourism ialah:

(a) Memperkasakan penglibatan masyarakat / komuniti tempatan

(b) Melibatkan budaya, termasuk budaya 7 puak Brunei & budaya Islam

(c) Memulihkan ekosistem alam sekitar.

Dengan pendekatan Regenerative Tourism ini pihak Kementerian akan secara aktif engaging komuniti dalam sama-sama terlibat menjayakan program pelancongan dan dengan sendirinya dapat menjana pendapatan & pekerjaan anak kampung.

2) Sektor Makanan

(i) Satu cadangan bagi penubuhan Brunei-Singapore Agri-Tech Food Zone (ATFZ) telah diusahakan di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia & Kerajaan Singapura bertujuan untuk memperkukuhkan Food Supply Resilience dan menarik pelaburan yang bernilai tinggi. Pada Fasa Pertama projek ini akan menumpukan Industri Akuakultur termasuk keseluruhan whole value chain Aquaculture.

Status pada masa ini diperingkat feasibility study yang dijangka siap pada hujung tahun ini.

(ii) Export Drive Initiative - Sebelum ini, fokus kitani banyak tertumpu kepada mencapai tahap self-sufficiency. Bagi memastikan Industri Makanan terus berkembang, buat beberapa tahun ini, pihak Kementerian telah memperkenalkan inisiatif ini. Dengan inisiatif ini, ianya bukan saja menggalakkan sektor ini terus berkembang malah meningkatkan dan mengukuhkan sekuriti makanan. Sebagai contoh, dulu telur ayam telah mencapai 100% sara diri dan dengan Export Drive Initiative ini telah dapat meningkatkan sara diri kepada 112%. Kita telah jua berjaya mengeksport lebih banyak hasil-hasil pertanian dan perikanan. Antaranya, pelbagai jenis ikan, udang, buah-buahan dan Insya Allah, sayur-sayuran dan juga ayam.

3) Sektor Perkhidmatan (Manufacturing / Logistic)

Fokus strategi ini adalah bagi menjadikan Brunei sebagai hub BIMP-EAGA. Walaupun konsep ini telah lama ditimbulkan dan diuar-uarkan, Alhamdulillah, sejak tahun lepas telah mula rancak dilaksanakan bersama syarikat-syarikat tempatan yang telah dikenalpasti. Aktiviti transhipment di Brunei telah dipergiatkan sejak tahun lepas, dengan adanya kapal dari Brunei mula menghubungkan antara Brunei Darussalam dengan sesetengah kawasan BIMP-EAGA. Sejak Julai 2024 hingga Jun 2027 lebih 2000 TEUs (Twenty Foot Equivalent) telah dipindah-alihkan (transhipped) di rantau BIMP-EAGA ini.

4) Sektor ICT

Mulai tahun ini penggunaan dan integrasi A.I termasuk data center telah mula diperkenalkan secara pilot trial di bidang pertanian. Adalah diharapkan integrasi A.I / data center akan mula dikembangkan di sektor-sektor industri di negara ini terutama sekali di dalam promoted sector / sektor keutamaan. Baru-baru ini satu acara perletakan batu asas bagi penubuhan A.I Innovation Campus dan pelancaran The Pioneering AI-Powered Innovation Initiative telah dilaksanakan. Adalah diharap dengan penggunaan A.I dalam sektor seperti makanan akan dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing ladang di negara ini.

Inilah antara strategi yang baru yang diharapkan menjadi pemacu kepada pertumbuhan 4 sektor utama yang dapat diterangkan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.