Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-060826-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL265

SOALAN

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin

YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan kajian menyeluruh mengenai tahap pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah keluarga bagi menampung kos kehidupan yang selesa, termasuk keperluan asas seperti makanan, perumahan, pendidikan, kesihatan dan perbelanjaan harian? Apakah tindakan susulan berdasarkan hasil kajian tersebut?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Kos Minima Keperluan Asas (KMKA) ialah anggaran kos minimum yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas harian bagi seorang individu, merangkumi keperluan makanan dan bukan makanan. KMKA bertujuan untuk memberikan gambaran mengenai kos minimum bagi memenuhi keperluan asas isi rumah, agar mereka bukan sekadar mampu meneruskan kelangsungan hidup, malah mampu berfungsi secara bermakna dalam masyarakat.

Berdasarkan dapatan Kajian Perbelanjaan Keluarga (KPK) 2023/24, Kos Minima Keperluan Asas (KMKA) dianggarkan berada antara BND346 hingga BND362 sebulan bagi setiap individu, merangkumi BND137.54 bagi keperluan makanan dan BND208.33 hingga BND223.67 bagi keperluan bukan makanan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbelanjaan bukan makanan merupakan komponen terbesar dalam kos sara hidup minimum, dengan sumbangan sekitar 60 peratus daripada jumlah kos minimum, manakala perbelanjaan makanan menyumbang kira-kira 40 peratus. Ini menunjukkan bahawa keperluan asas seperti perumahan, pengangkutan, utiliti, komunikasi dan perbelanjaan penting lain kini membentuk bahagian yang lebih besar dalam kos minimum kehidupan berbanding makanan.

Berhubung dengan pelaksanaan bantuan, nilai KMKA berfungsi sebagai salah satu rujukan dalam pertimbangan dasar. Sebarang keputusan mengenai penentuan kelayakan atau jumlah agihan bantuan adalah tertakluk kepada bidang kuasa agensi-agensi kebajikan yang berkaitan. Peranan Jabatan Perangkaan adalah menyediakan statistik yang tepat, objektif dan berkualiti tinggi bagi menyokong perancangan, penggubalan dan penilaian dasar berasaskan bukti.

Nota: Laporan KMKA 2023/24 masih dalam proses penyediaan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.