Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-060826-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL318

SOALAN

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SULAIMAN BIN HAJI NASIR meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan apakah usaha pihak kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai mengenai amalan perbelanjaan secara bijak serta kepentingan menyokong ekonomi tempatan memandangkan masih ramai rakyat memilih untuk membeli barangan keperluan di negara jiran atas faktor nilai mata wang dan harga yang dianggap lebih murah?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Adalah penting untuk difahami bahawa ketelusan maklumat (information transparency) merupakan asas kepada amalan pengguna yang bijak. Apabila pengguna mempunyai akses kepada maklumat harga yang tepat, mudah diakses dan dikemas kini secara berkala, mereka dapat membuat perbandingan harga dan seterusnya membuat keputusan pembelian yang lebih bermaklumat mengikut keperluan serta kemampuan masing-masing. Berasaskan prinsip ini, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri melalui Bahagian Hal Ehwal Pengguna memberi penekanan kepada usaha memperkukuh ketelusan maklumat harga di samping memupuk budaya Pengguna Bijak.

Selaras dengan pendekatan tersebut, Bahagian Hal Ehwal Pengguna melaksanakan pemantauan harga mingguan bagi barangan makanan asasi terpilih seperti ayam, telur, bawang dan cili. Maklumat harga ini diterbitkan bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan harga antara premis sebelum membuat pembelian, sekali gus menggalakkan persaingan harga yang sihat dalam kalangan peniaga. Lazimnya, senarai harga ini disiarkan melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak. Walau bagaimanapun, berikutan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur aplikasi tersebut yang sedang dijalankan, maklumat berkenaan turut disediakan melalui laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Pengguna bagi memastikan orang ramai terus mempunyai akses kepada maklumat harga yang terkini.

Berhubung dengan amalan membeli-belah rentas sempadan, Kerajaan bersetuju bahawa keputusan pengguna dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk perbezaan nilai mata wang, harga, kepelbagaian pilihan barangan serta faktor rekreasi bersama keluarga. Dalam hal ini, pendekatan Kerajaan bukanlah untuk mengehadkan pilihan pengguna, tetapi untuk meningkatkan daya tarikan pasaran domestik.

Antara usaha yang dilaksanakan ialah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Acara Jualan Murah, yang membolehkan para peniaga menawarkan promosi dan diskaun secara berkala. Di samping itu, Kerajaan turut menganjurkan kempen jualan di peringkat kebangsaan seperti Jualan Mega Brunei dan Brunei Salebration, yang menyediakan platform kepada perniagaan tempatan untuk menawarkan harga yang kompetitif serta menarik lebih ramai pengguna berbelanja di dalam negara.

Pada masa yang sama, melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan, pelbagai inisiatif seperti Brunei December Festival turut dianjurkan bagi mewujudkan lebih banyak aktiviti dan tarikan domestik yang menggabungkan elemen pelancongan, rekreasi, makanan dan membeli-belah. Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk berbelanja di dalam negara, malah turut menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan serta merancakkan ekonomi domestik secara keseluruhan.

Di samping itu, sektor swasta khususnya para peniaga juga diharap dapat terus menyokong usaha memperkukuh ekonomi domestik dengan tawaran diskaun yang menarik serta pilihan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai kepada pengguna pada harga yang berpatutan dan kompetitif, seterusnya menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dalam negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.