Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL185
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan berkenaan tindakan susulan Kenyataan Menteri mengenai sesi akademik banduan yang bermula Oktober 2025, sejauh manakah ia direalisasikan serta apakah strategi jangka panjang Kementerian membangunkan laluan pendidikan berterusan ke peringkat pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi bagi reintegrasi banduan ke masyarakat?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Soalan yang berkaitan dengan strategi jangka panjang bagi laluan Pendidikan berterusan banduan telah pernah dikongsikan melalui Kenyataan Menteri pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kedua Puluh Dua Majlis Mesyuarat Negara.
Namun begitu dikongsikan perkembangan mengenai sesi akademik banduan yang mana bagi Kohort 2025, seramai 32 orang banduan telah mengikuti peperiksaan di peringkat 'O' Level, manakala bagi inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara antaranya termasuk:
- Program Kemasyarakatan dan Sokongan Keluarga Penghuni Penjara;
- Pelbagai latihan vokasional dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan Kerajaan antaranya seperti Latihan Pertukangan Kayu, Latihan Tenunan; dan Program Bakery; serta
- Program Hafazan Al-Quran bagi pengukuhan Jati Diri, yang mana setakat ini Alhamdulillah, salah seorang peserta telah pernah mengikuti Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.