Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL277
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA HAJI AWANG SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan jika semua pelaburan BEDB yang sedang berjalan akan dapat diberigakan dari masa ke masa agar diketahui umum bukan sahaja dari segi hasil (revenue) tetapi juga bilangan pekerjaan yang diwujudkan? Ini akan juga memberi keyakinan pada orang ramai akan hasil FDI dan akan menggalak pelabur asing lain untuk datang ke Brunei Darussalam.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Pada masa kini, pencapaian FDI telah diberigakan melalui pelbagai platform dalam meningkatkan kefahaman dan keyakinan orang ramai terhadap sumbangan pelaburan langsung asing kepada pembangunan dan kepelbagaian ekonomi negara.
Pihak BEDB bekerjasama dengan pihak Radio Televisyen Brunei (RTB), KRISTAL FM dan media-media tempatan untuk mengongsikan perkembangan dalam sektor ekonomi, terutama yang disumbangkan oleh sektor FDI.
Selain itu, pihak BEDB juga menggunakan peluang dengan menyertai ekspo-ekspo di dalam dan luar negara serta platform BizBrunei, yang mempunyai followers based yang tinggi, iaitu seramai 161,895 followers, sebagai saluran untuk mempromosikan PMKS tempatan, projek-projek FDI dan perkembangan berkaitan dengan ekonomi negara.
Sehubungan dengan persoalan ini, pihak Kementerian ini mengambil maklum mengenai komen Yang Berhormat Pehin dan usaha akan dipergiatkan lagi bagi proses memberigakan dari masa ke semasa agar dapat mencapai lebih ramai lagi masyarakat umum di negara ini.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.