Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL261

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan perancangan ke arah memanfaatkan dan mengukuhkan keseluruhan rantaian nilai perbekalan, terutamanya mengurangkan ketergantungan kepada import serta menjamin sekuriti makanan? Setakat manakah peningkatan kepada pelaburan bagi menjamin kedayatahanan bekalan domestik, misalnya dalam penggunaan teknologi pertanian pintar, kemajuan penyelidikan dan inovasi, pembangunan industri makanan halal, serta peningkatan standard keselamatan dan kualiti makanan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sedang meneruskan projek kerjasama dengan Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) bagi melaksanakan kajian berkaitan pertanian regeneratif (regenerative agriculture) yang bertujuan untuk meningkatkan kesuburan dan kesihatan tanah bagi penanaman padi. Kajian ini memberi tumpuan kepada amalan pertanian mampan yang dapat memperbaiki struktur tanah, meningkatkan kandungan bahan organik serta mempertingkatkan hasil dan produktiviti secara berterusan.

Pada masa ini, kajian telah memasuki penanaman padi musim yang kedua bagi menilai keberkesanan amalan yang diperkenalkan secara berterusan serta membandingkan perubahan terhadap tahap kesuburan tanah dan keluaran hasil padi berbanding musim sebelumnya.

Hasil dan dapatan kajian ini akan terus dipantau serta dianalisis oleh pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bersama UNISSA bagi menilai potensi amalan regenerative agriculture untuk diperluaskan sebagai salah satu pendekatan dalam meningkatkan kesuburan tanah dan kelestarian pengeluaran padi.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkukuhkan keseluruhan rantaian nilai agrimakanan, khususnya dalam sektor pemprosesan dan nilai tambah. Antaranya termasuk pembangunan produk melalui penyelidikan dan inovasi, pelaksanaan program Nutrition Information Panel (NIP), projek perintis ujian jangka hayat (shelf-life), program penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan, penyediaan tapak industri (Site Provision), serta fasilitasi akses pasaran dan eksport melalui misi perdagangan dan padanan perniagaan. Di samping itu, usaha turut dikukuhkan melalui kerjasama strategik bersama institusi penyelidikan, agensi kerajaan dan sektor swasta bagi meningkatkan daya saing industri agrimakanan tempatan serta menyokong sekuriti makanan negara.

Pihak Jabatan juga berusaha untuk mempertingkatkan standard keselamatan dan kualiti makanan melalui pengukuhan pematuhan kepada amalan pengilangan yang baik (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), pensijilan Halal, serta keperluan pelabelan makanan. Di samping itu, usaha turut diperkukuhkan melalui pembangunan kapasiti industri, khidmat bimbingan teknikal dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa bagi memastikan produk tempatan memenuhi keperluan pasaran domestik dan eksport.

Kementerian ini juga memberi tumpuan kepada usaha memanfaatkan dan mengukuhkan keseluruhan rantaian nilai perbekalan dengan matlamat mengurangkan kebergantungan kepada import serta meningkatkan daya tahan bekalan domestik, dengan menggalakkan pengusaha untuk mengoperasikan aktiviti akuakultur di seluruh rantaian nilai keluaran yang mengandungi penetasan dan semaian ikan, ternakan ikan, pemprosesan dan pemasaran, termasuk penghasilan makanan ikan.

Beberapa langkah telah diusahakan dalam meningkatkan hasil keluaran sektor perikanan seperti pembukaan tapak-tapak baharu bagi industri akuakultur, pelaksanaan program pemulihan ternakan udang laut (Shrimp Recovery Programme) bagi mengurangkan risiko penyakit udang, serta menggalakkan ternakan spesies tambahan yang bernilai tinggi.

Pelaburan dalam teknologi perikanan pintar turut dipertingkatkan melalui penggunaan sistem Recirculating Aquaculture System dan kolam tangki dengan rawatan air bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Selain itu, Kementerian ini melalui salah satu pelabur langsung asing di bawah sektor perikanan juga akan mengadakan kolaborasi bersama institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, dalam penghasilan vaksin bagi mengatasi penyakit ikan ternakan.

Dari segi penyelidikan dan inovasi, Kementerian ini melalui Jabatan Perikanan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi bagi penggunaan Internet of Things (IoT) dalam pemberian makanan ikan secara automatik yang mana dapat mengurangkan pembaziran dan menyumbang kepada penjimatan kos perbelanjaan operasi syarikat.

Selain itu, IoT juga digunakan dalam pemantauan kualiti air dalam kolam ternakan yang mana dapat dilaksanakan secara jarak jauh, dimana sebarang perubahan kualiti air dapat dikenalpasti secara serta merta untuk tindakan segera.

Dalam penyediaan rantaian sejuk, Muara International Fish Landing Sdn Bhd sedang menaiktaraf fasiliti sejuk beku bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan bahan mentah berasaskan makanan laut untuk menampung peningkatan hasil keluaran daripada industri penangkapan ikan dan akuakultur dalam memastikan kualiti produk perikanan adalah terjamin. Jabatan Perikanan juga telah membangunkan Brunei Standard for Frozen Finfish untuk rujukan pihak syarikat dalam penghasilan produk beku yang dijamin selamat.

Peningkatan standard keselamatan dan kualiti makanan dilaksanakan melalui pensijilan Amalan Akuakultur Baik (BGAqP) dan pelaksanaan National Residue Monitoring Program dalam meningkatkan kebolehkesanan (traceability) dan keyakinan kepada pengguna. Jabatan Perikanan juga dalam proses bagi mendapatkan akreditasi ISO 17025 bagi makmal di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Haiwan Akuatik untuk meningkatkan keyakinan negara pengimport ke atas produk perikanan tempatan.

Kementerian ini bukan sahaja menekankan pengurangan kebergantungan kepada import, tetapi juga meningkatkan pelaburan dalam teknologi pintar, penyelidikan dan inovasi, serta standard keselamatan dan kualiti makanan. Kesemua langkah ini saling melengkapi dalam menjamin sekuriti makanan dan memperkukuh daya tahan bekalan domestik, di samping meningkatkan akses pasaran eksport.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.