Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-100826-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL289

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat meminta Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi menyatakan langkah strategik Kementerian bagi memastikan inisiatif perkhidmatan fast shipment yang kini giat diperkasakan, mampu menjana pembelian berulang (repeat orders) serta meluaskan penembusan produk tempatan ke pasaran antarabangsa? Apakah pelan tindakan konkrit untuk menurunkan kos logistik rentas sempadan bagi PMKS tempatan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Pada asasnya, untuk membolehkan produk tempatan bersaing di pasaran antarabangsa, bukan sahaja produknya perlu berkualiti, tetapi penghantarannya juga mestilah cepat, konsisten dan berdaya saing dari segi kos.

Dalam hal ini, peranan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi adalah sebagai pemudah cara dalam memastikan ekosistem pengangkutan dan logistik negara dapat menyokong perdagangan, termasuk eksport dan e-dagang.

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendekatan Kementerian adalah melalui tiga perkara utama iaitu:

Pertama, mempercepatkan pergerakan barangan. Dalam sektor pengangkutan darat, Jabatan Pengangkutan Darat sedang melaksanakan pendigitalan Cross Border Permit bagi kenderaan komersial yang membawa barangan rentas sempadan, yang disasarkan siap menjelang Januari 2027.

Dengan pendigitalan ini, proses permohonan dan kelulusan permit akan menjadi lebih mudah dan pantas, di samping mengurangkan proses manual dan masa menunggu. Ini amat penting bagi PMKS yang memerlukan penghantaran yang lebih kerap dan konsisten.

Bagi last-mile delivery pula, perkhidmatan pada masa ini disediakan oleh PosBru Sdn Bhd serta lima belas (15) penyedia perkhidmatan Courier, Express and Parcel (CEP) yang dilesenkan oleh AITI. Kepelbagaian penyedia ini memberikan pilihan kepada pengguna dan peniaga untuk memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan dan kos masing-masing.

Kedua, mengurangkan kos setiap penghantaran. Bagi PMKS yang membuat penghantaran dalam kuantiti kecil, salah satu pendekatan yang boleh membantu ialah shipment consolidation, iaitu menggabungkan beberapa penghantaran dalam satu konsainan melalui freight forwarders. Ini dapat mengoptimumkan ruang dan kapasiti penghantaran, sekali gus berpotensi mengurangkan kos seunit bagi pengeksport.

Di samping itu, Kementerian sedang melihat kos logistik secara keseluruhan dan bukan hanya caj penghantaran kepada pelanggan. Ini termasuk memperkemaskan proses, dokumentasi dan pengendalian kargo supaya mengurangkan kelewatan dan kos tambahan di sepanjang rantaian bekalan.

Untuk sektor maritim, Kementerian juga sedang meneliti langkah-langkah meningkatkan daya saing kos logistik negara, termasuk kajian terhadap kos perkhidmatan pandu arah kapal atau pilotage serta caj-caj pelabuhan yang bersesuaian.

Ketiga, memperluaskan pilihan dan kesalinghubungan pengangkutan. Dalam sektor udara, Jabatan Penerbangan Awam telah menerima beberapa permohonan daripada syarikat penerbangan asing untuk beroperasi ke Negara Brunei Darussalam.

Sekiranya direalisasikan, pertambahan perkhidmatan ini akan meningkatkan pilihan dan kapasiti pengangkutan udara, termasuk bagi kargo, serta berpotensi mewujudkan persaingan yang lebih sihat dan kadar pengangkutan yang lebih kompetitif.

Dalam sektor maritim pula, penambahan perkhidmatan perkapalan oleh syarikat seperti SITC dan Waisan Shipping Line telah memberikan lebih banyak pilihan hubungan dengan pelabuhan utama di rantau ini.

Bagi PMKS, lebih banyak pilihan laluan dan perkhidmatan bermakna lebih banyak peluang untuk memilih kaedah penghantaran yang sesuai dari segi kos, tempoh dan jumlah barangan.

Kesemua usaha ini akan diselaraskan melalui Brunei Logistics and Transshipment Task Force (BLTTF) serta pembangunan National Multimodal Logistics Master Plan, dengan kerjasama Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI), Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) serta pihak industri.

Fokusnya adalah untuk mengintegrasikan pengangkutan udara, darat dan maritim, mendigitalkan proses dan dokumentasi, memperkemaskan operasi serta meningkatkan penyelarasan di sepanjang rantaian bekalan.

Perlu juga dijelaskan bahawa bagi kadar perkhidmatan penghantaran, khususnya perkhidmatan CEP, penetapan harga pada asasnya adalah pertimbangan komersial penyedia perkhidmatan, berdasarkan antara lain destinasi, berat dan saiz bungkusan serta jenis perkhidmatan.

Peranan AITI adalah memastikan pematuhan terhadap keperluan pelesenan dan memantau kadar yang dikemukakan oleh penyedia perkhidmatan. AITI tidak menetapkan kadar harga kerana harga adalah dipengaruhi oleh mekanisme pasaran dan persaingan.

Matlamat Kementerian bukan semata-mata untuk memastikan barang dapat dihantar dengan cepat. Yang lebih penting ialah memastikan produk tempatan dapat dihantar dengan cepat, boleh dipercayai dan pada kos yang lebih kompetitif. Apabila masa penghantaran dapat dipendekkan, proses dipermudahkan, pilihan laluan ditambah dan kos dapat dioptimumkan, PMKS akan lebih berupaya menawarkan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan antarabangsa.

Ini seterusnya dapat meningkatkan keyakinan pelanggan, mendorong pembelian berulang dan membuka lebih banyak peluang untuk produk Brunei menembusi pasaran serantau dan antarabangsa.

InsyaAllah, melalui pengukuhan ekosistem logistik secara menyeluruh dan kerjasama rapat dengan pihak industri, Kementerian akan terus berusaha memastikan sistem logistik negara menjadi lebih cekap, berdaya saing dan menyokong pertumbuhan PMKS serta eksport produk tempatan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.