Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL212
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan sejauh manakah Kementerian bercadang membangunkan national database dan sistem pengurusan aset bangunan kerajaan termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di keempat-empat daerah bagi mengenal pasti aset bangunan yang terbiar dan kurang dimanfaatkan, mempercepat proses penggunaan semula (repurposing), memperkukuh perancangan berasaskan data serta mengoptimumkan pulangan dan nilai aset negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Untuk makluman Yang Di-Pertua, pada masa ini belum ada Pangkalan Data Kebangsaan (National Database) yang menyeluruh bagi pengurusan aset bangunan kerajaan di keempat-empat daerah. Inventori dan pengurusan aset bangunan masih diuruskan secara individu oleh kementerian dan agensi pemilik masing-masing.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak April 2025 telah mula menyenaraikan semua aset bangunan kerajaan yang berdaftar di bawah JKR. Pangkalan data ini sentiasa dikemaskini secara berterusan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memantau status pemilikan, tahap penggunaan, dan keadaan semasa aset-aset tersebut.
Pangkalan data ini bukan sahaja berfungsi sebagai rekod inventori, malah berupaya menjadi platform padanan ruang (space matching) yang bernilai tinggi kepada kementerian dan agensi kerajaan. Melalui pangkalan data ini, bangunan atau ruang pejabat yang kosong, lama, atau tidak digunakan sepenuhnya dapat dikenal pasti secara sistematik. Ini membolehkan agensi-agensi yang memerlukan ruang pejabat baharu atau tambahan untuk memanfaatkan semula aset kerajaan yang sedia ada tanpa perlu mengeluarkan kos binaan baharu atau menyewa premis swasta.
Sebagai contoh praktikal bagi pendekatan ini, Kementerian Pembangunan telah mengambil dan menggunakan bangunan lama Telbru di Jalan Pembangunan untuk dijadikan sebagai pejabat baharu Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan pejabat Jabatan Tanah. Majlis penyerahan kunci bagi bangunan tersebut telah diadakan pada 19 Julai 2026.
Sehubungan itu, Kementerian menyambut baik cadangan ini dan akan meneliti dengan lebih lanjut bagi menilai kesesuaian serta kebolehlaksanaannya dalam memperkemas lagi pengurusan dan pemanfaatan aset bangunan kerajaan secara keseluruhan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.