Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-030826-Hari-Pertama.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL234

SOALAN

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan perancangan Radio Televisyen Brunei (RTB) dalam meneroka sumber pendapatan melalui Broadcasting Rights atau Media Rights dengan menyiarkan perlawanan Liga Super Brunei secara langsung dan melalui platform penstriman? Langkah ini bukan sahaja berpotensi menjana hasil, malah dapat menyokong perkembangan industri bola sepak tempatan serta memperluaskan capaian sukan negara kepada penonton.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

RTB selaku penyiar rasmi Kerajaan terus menyokong pembangunan industri bola sepak tempatan melalui liputan berita, program-program sukan dan penyiaran kejohanan-kejohanan utama. RTB juga bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) dalam menyelaras liputan bagi perlawanan bola sepak di dalam dan di luar negara.

Pada masa ini, RTB membuat liputan bagi semua perlawanan Liga Super Brunei menerusi laporan berita radio dan televisyen, program sukan harian 'Arena', serta hebahan keputusan perlawanan menerusi siaran radio dan platform digital RTB, bagi memastikan orang ramai terus mendapat perkembangan terkini mengenai liga tempatan.

Mengenai cadangan untuk meneroka Broadcasting Rights atau Media Rights, RTB sememangnya mengalu-alukan pendekatan tersebut sebagai satu peluang untuk memperluaskan liputan sukan tempatan, meningkatkan nilai komersial kandungan tempatan serta meneroka sumber pendapatan baharu. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan penelitian yang menyeluruh bagi memastikan ia berdaya maju dan mampan.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan termasuklah potensi pulangan komersial berbanding kos penerbitan, permintaan dan capaian penonton, keupayaan operasi, keperluan tenaga kerja, kemudahan teknikal penyiaran, serta kerjasama dengan pemegang hak, penganjur dan rakan-rakan strategik.

Pada masa ini, RTB belum berupaya untuk menyiarkan setiap perlawanan Liga Super Brunei secara langsung. Sebagai gambaran, satu siaran langsung perlawanan memerlukan fasiliti Outside Broadcast Television (OBTV), peralatan teknikal khusus serta sekitar 35 hingga 45 orang petugas, dengan anggaran kos operasi sekitar BND50,000 hingga BND60,000 bagi setiap liputan, bergantung kepada keperluan penerbitan.

Dalam masa yang sama, RTB, selaku penyiar rasmi Kerajaan, juga perlu mengimbangi penggunaan aset penyiaran dan tenaga kerja bagi memenuhi keutamaan liputan acara-acara kenegaraan, majlis-majlis rasmi Kerajaan serta komitmen penyiaran yang lain.

Dari sudut komersial, penyiaran sesebuah liga sukan perlu dinilai berdasarkan keseimbangan antara kos penerbitan dengan potensi hasil yang boleh dijana melalui pengiklanan, penajaan atau model perkongsian hasil yang bersesuaian. Pendekatan ini adalah penting bagi memastikan penyiaran tersebut dapat dilaksanakan secara mampan.

Penyiaran liga sukan seperti Super Liga Brunei adalah satu keputusan komersial yang mana pendapatan hasil yang dijana mesti mengimbang kos penerbitan dan penyiaran.

Sebagai contoh, penyiaran acara sukan antarabangsa seperti Piala Dunia FIFA, Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel dibuat berdasarkan tahap permintaan penonton yang tinggi serta potensi penjanaan hasil pengiklanan. Pendekatan yang sama perlu digunakan dalam menilai kebolehlaksanaan penyiaran Liga Super Brunei secara langsung.

Ke hadapan, RTB akan terus meneroka peluang kerjasama dengan FABD, sektor swasta serta rakan-rakan strategik bagi memperluaskan liputan sukan tempatan, termasuk menilai penggunaan platform penstriman digital dan model kerjasama yang lebih kos efektif. Pendekatan ini berpotensi meningkatkan capaian penonton, memperkukuh pembangunan industri bola sepak tempatan dan pada masa yang sama membuka ruang kepada penjanaan pendapatan baharu.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.