Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-030826-Hari-Pertama.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL254 & PL312

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan perancangan JPM dalam memantapkan perkembangan institusi, termasuk streamlining proses, mengukuhkan latihan kemahiran, serta pengenalpastian dan pemerkasaan bakat dalam Perkhidmatan Awam? Ini kerana di samping penggunaan teknologi moden dan sistem digital yang efisien; institutional development dan pemerkasaan bakat (talent development) khususnya juga berperanan penting ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan perancangan untuk memperkukuhkan kapasiti, kompetensi dan kemahiran pegawai Kerajaan melalui latihan berterusan, pendigitalan serta pembangunan profesional agar penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan responsif kepada keperluan semasa?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sukacita terlebih dahulu menyentuh mengenai usaha berterusan Jabatan Perdana Menteri melalui Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dari aspek memperkukuhkan kapasiti, kompetensi dan kemahiran pegawai kerajaan melalui latihan berterusan, pendigitalan serta pembangunan profesional, antaranya seperti inisiatif-inisiatif berikut:

a. Pertama, melalui latihan berterusan. IPA melaksanakan program latihan berasaskan kompetensi dalam bidang kepimpinan, pengurusan perubahan, pengurusan projek, digital, AI dan analitik data mengikut keperluan Kementerian dan Jabatan. Melalui Civil Service Leadership Pipeline (CSLP), peserta turut melaksanakan Capacity Review Project (CRP) bagi mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari untuk menangani isu sebenar dalam Perkhidmatan Awam.

b. Kedua, melalui pendigitalan. IPA memperkukuh keupayaan digital dan AI pegawai melalui pelbagai latihan yang membantu meningkatkan produktiviti, mempercepat proses kerja dan menyokong penyelesaian masalah secara lebih inovatif. Sebagai inisiatif baharu, Civil Service AI Buildathon diperkenalkan bagi membolehkan pegawai membangunkan penyelesaian berasaskan AI kepada cabaran sebenar di tempat kerja. Menerusi program ini, ianya telah membantu peserta menghasilkan inovasi, dengan beberapa projek berjaya dipilih untuk bertanding di peringkat Anugerah Inovasi Perdana (AIP).

c. Ketiga, melalui pembangunan profesional dan bakat. IPA terus menawarkan pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa secara demand-driven mengikut keperluan kementerian dan jabatan. Antaranya ialah Project Management Professional (PMP) bagi memperkukuh keupayaan pengurusan projek, Key Performance Indicators (KPI) bagi meningkatkan pengurusan prestasi berasaskan data, dan Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD) bagi memperkukuh pengurusan sumber manusia strategik serta pembangunan bakat.

Seterusnya, dari aspek pengenalpastian dan pemerkasaan bakat. Bagi memastikan pembangunan kompetensi dilaksanakan secara lebih sistematik, Public Service Competency Development Framework (PSCDF) disediakan bagi membantu kementerian dan jabatan mengenal pasti kompetensi yang diperlukan, menilai jurang kemahiran serta merancang pembangunan bakat dan juga pelan penggantian (succession planning). Pendekatan ini memastikan pelaburan dalam latihan benar-benar memenuhi keperluan organisasi dan memperkukuh keupayaan institusi, di samping memastikan kesinambungan kepimpinan dan kepakaran dalam Perkhidmatan Awam.

Bagi pegawai berpotensi tinggi, Civil Service Leadership Pipeline atau CSLP menyediakan beberapa program untuk membangun dan meningkatkan keupayaan mereka. Ini termasuk Program Eksekutif Muda atau YEP; Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan atau EDPMMO; dan Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan atau EDPSGO.

Pembangunan bakat turut dilaksanakan melalui Program Penempatan Kerja Pegawai Perkhidmatan Awam di Republik Singapura selama satu tahun, pementoran serta Penempatan Silang atau Cross Fertilization. Melalui penempatan silang, pegawai ditempatkan di agensi lain bagi meluaskan perspektif, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kerja. Pendedahan ini juga bertujuan meningkatkan keupayaan pegawai untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan serta situasi tadbir urus yang berbeza.

Pegawai kerajaan juga diberi peluang meningkatkan kapasiti, kompetensi dan pengalaman melalui mobiliti pekerjaan, termasuk mekanisme peminjaman (secondment) ke agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau sektor swasta yang bersesuaian. Pendekatan ini membolehkan pegawai memperoleh pendedahan kepada amalan terbaik, memperluas perspektif serta memperkukuh keupayaan profesional dan kepimpinan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning).

Berhubung aspek pembangunan institusi dan memperkemaskan (streamlining) proses kerja, tumpuan diberikan kepada usaha memperkukuh sistem, proses kerja dan memberkesankan prestasi organisasi dalam Perkhidmatan Awam. Selaras dengan Project Management Framework (PMF) bagi projek transformasi digital Kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) berperanan sebagai Business Process Improvement (BPI) Advisor dalam BPI Workstream bagi memberikan panduan berkaitan metodologi BPI, penilaian proses kerja serta cadangan penambahbaikan. Pendekatan ini adalah bagi memastikan transformasi digital bukan sekadar mendigitalkan proses sedia ada, tetapi turut disokong dengan proses kerja yang lebih cekap, bersepadu dan berorientasikan hasil. Sebagai langkah awal, Bengkel BPI pada Jun 2026 yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah melibatkan enam (6) agensi Kerajaan yang akan melaksanakan BPI bagi projek transformasi digital masing-masing.

Usaha pembangunan institusi ini turut diperkukuhkan melalui Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) bagi membantu agensi mengenal pasti jurang dan ruang penambahbaikan organisasi, serta Program Intervensi Pembaharuan dan Penambahbaikan (P2P) yang menyediakan bimbingan dan konsultasi secara berstruktur berasaskan pendekatan learning-by-doing. Ini adalah bagi meningkatkan keupayaan agensi merancang dan melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan secara lebih sistematik, sekali gus memupuk budaya penambahbaikan dan inovasi dalam Perkhidmatan Awam.

Secara keseluruhannya, perancangan ini adalah untuk memastikan pengukuhan institusi, penambahbaikan proses kerja serta pembangunan kompetensi dan bakat dilaksanakan secara saling melengkapi. Melalui usaha-usaha ini, Jabatan Perdana Menteri berhasrat membangunkan Perkhidmatan Awam yang lebih berkeupayaan, tangkas dan berdaya tahan, di samping memanfaatkan teknologi moden dan sistem digital yang efisien bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan, menghasilkan penyelesaian yang inovatif serta mendukung keperluan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.