Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-060826-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL302

SOALAN

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan perancangan dan persiapan Kementerian bagi memastikan Tahun Melawat Brunei 2027 mencapai sasaran khususnya dari segi promosi, persediaan produk pelancongan, meningkatkan kemudahan awam, latihan bagi petugas pelancongan serta apakah saranan jumlah ketibaan pelancong dan impak-impak kepada negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Pendekatan Kementerian dalam menjayakan Visit Brunei Year 2027 (VBY 2027) bukanlah semata-mata berorientasikan kepada peningkatan jumlah ketibaan pelawat (volume-driven tourism). Memandangkan pasaran pelancongan Negara Brunei Darussalam adalah lebih berfokus, strategi yang diterapkan adalah ke arah Pelancongan Bernilai Tinggi (High-Value / High-Yield Tourism), iaitu menarik pelawat yang mempunyai kecenderungan untuk tinggal lebih lama (longer length of stay), berbelanja lebih tinggi (higher average spend), serta menikmati pengalaman yang unik dan berkualiti.

Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa pendekatan utama sedang dilaksanakan:

1. Promosi Pelancongan yang lebih meluas dan agresif.

Kementerian terus memperkasa inisiatif promosi antarabangsa menerusi penyertaan aktif dalam 24 ekspo dan jerayawara di pasaran sasaran. Strategi pemasaran ini turut diperkukuh melalui:

  • kerjasama CNN, Euronews dan Al Jazeera – bagi TV dan lain-lain media campaign.
  • pelaksanaan enam (6) kempen digital bersama Online Travel Agent seperti Skyscanner, Rome2Rio, Klook, Trip.com, Ctrip dan Agoda;
  • 10 orang Key Opinion Leaders (KOL) dan influencers antarabangsa yang terkenal diundang untuk meliputi VBY 2027.
  • penyertaan di dalam ekspo antarabangsa.

2. Memperkukuhkan penawaran produk dan pengalaman pelancongan bernilai tinggi.

Melalui VBY 2027, Kementerian sedang membangunkan lebih banyak pengalaman pelancongan yang curated, iaitu pengalaman yang dirancang secara khusus, mempunyai nilai tambah dan mencerminkan keunikan Brunei Darussalam.

Antara tema pengalaman yang akan diketengahkan termasuklah:

  • penerokaan alam semula jadi (adventure and nature exploration);
  • seni dan ekonomi kreatif (arts and creative economy);
  • warisan budaya dan komuniti (cultural heritage and community-based tourism);
  • gastronomi dan makanan tempatan (culinary tourism);
  • sukan dan rekreasi (sports and recreation); serta
  • warisan dan tradisi Islam (Islamic heritage and traditions).

Pendekatan ini akan memberi peluang kepada perusahaan tempatan untuk menghasilkan produk dan pengalaman baharu yang membolehkan pelawat bukan sahaja datang melihat, tetapi turut mengambil bahagian, berinteraksi dan berbelanja di Negara Brunei Darussalam.

3. Memperkasa penganjuran acara bertaraf antarabangsa dan aktiviti sepanjang tahun.

Kementerian sedang menyusun Kalendar Acara Kebangsaan VBY 2027 yang merangkumi festival kebudayaan, acara gastronomi, kejohanan sukan, persidangan serta pameran perniagaan (MICE - Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions).

Penganjuran acara yang berkualiti bukan sahaja berperanan menarik pelawat antarabangsa dan serantau, malah dapat meningkatkan permintaan terhadap sektor penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan, aktiviti pelancongan serta produk tempatan. Antaranya termasuk, InsyaAllah:

  • SHOAS Bridge Marathon;
  • International Art Exhibition; dan
  • Satu cadangan juga untuk mengadakan International Food Festival.

Tambahan lagi, VBY 2027 juga bertepatan dengan Sambutan Jubli Intan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena 60 Tahun Menaiki Takhta pada Tahun 2027, yang merupakan satu peluang besar untuk memperkenalkan Brunei Darussalam di peringkat antarabangsa melalui pelbagai acara dan pengalaman istimewa.

4. Menggalakkan penglibatan akar umbi dalam menyediakan pakej dan perkhidmatan pelancongan.

Kementerian menyedari bahawa kejayaan VBY 2027 memerlukan penglibatan menyeluruh daripada sektor swasta, bukan sahaja ejen-ejen pelancongan, airlines malah jua komuniti termasuk kampong/mukim. Oleh itu, Jabatan Kemajuan Pelancongan akan melibatkan (engaging) dan menggalakkan MPM dan MPK sama-sama terlibat langsung dalam aktiviti menjelang VBY 2027. Alhamdulillah, sambutan setakat ini adalah menggalakkan.

5. Memanfaatkan platform digital sepenuhnya dalam menjayakan kempen VBY 2027.

Kementerian rancak bekerjasama dengan rakan strategik antarabangsa seperti OTAs (e.g. Agoda dan CTrip) bagi meningkatkan capaian promosi Brunei serta memudahkan pelancong mendapatkan maklumat, membuat tempahan penginapan dan aktiviti pelancongan.

Ini mengambil kira tren pelancong antarabangsa yang semakin bergantung kepada pembayaran tanpa tunai. Oleh itu, Kementerian sedang berusaha memperkenalkan kemudahan pembayaran digital kepada vendor pelancongan, termasuk perusahaan kecil di gerai-gerai, adalah penting supaya lebih banyak perbelanjaan pelancong dapat disalurkan kepada perniagaan tempatan.

Kementerian juga sedang bekerjasama dengan pihak institusi kewangan dan rakan strategik bagi memperluaskan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengusaha pelancongan.

6. Meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pelancongan.

Bukan saja yang disediakan oleh pihak Kerajaan malah sektor swasta. Sebagai contoh pelaburan sebuah resort oleh Borneo Eco-Resort. Signage tempat pelancongan juga ditambah di tepi-tepi jalan raya.

7. Mengadakan Kempen Mesra Senegara.

Kempen Mesra ini adalah inisiatif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan supaya lebih ramah, sopan dan mesra, terutama sekali kepada front line workers.

Secara keseluruhannya, VBY 2027 bukan hanya merupakan satu kempen pemasaran pelancongan, tetapi merupakan satu usaha menyeluruh untuk membangunkan ekosistem pelancongan yang lebih bernilai, inklusif dan mampan. Kejayaan VBY 2027 akan diukur bukan sahaja melalui peningkatan jumlah pelawat, tetapi juga melalui peningkatan tempoh penginapan, perbelanjaan pelancong, peluang perniagaan kepada perusahaan tempatan serta limpahan manfaat ekonomi kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.