Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-060826-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL299

SOALAN

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI memberikan penerangan berkenaan 10 faktor yang mempengaruhi hasil padi seperti pengairan, baja dan nutrien, kawalan racun, makhluk perosak, penyakit, kualiti benih, kualiti pengurusan tanah, keadaan cuaca musim menanam, usia/sikap petani dan pengurusan ladang dan apakah program spesifik dilaksanakan dalam pembangunan industri padi bagi menangani faktor tersebut dengan baik?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Antara strategi Kementerian melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan (JPAM) untuk meningkatkan pengeluaran padi negara, sekaligus menangani faktor-faktor yang boleh mempengaruhi hasil keluaran padi dan beras adalah seperti berikut:

  • Kajian Kesesuaian Varieti Baru - Untuk mengenalpasti varieti-varieti padi unggul yang bukan sahaja berhasil tinggi serta mempunyai kualiti rasa yang diterima oleh pengguna tempatan tetapi mempunyai ciri-ciri ketahanan penyakit dan musuh tanaman; tahan terhadap perubahan cuaca (climate resilient) serta tanah masam, yang mana adalah merupakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh peladang-peladang padi. Pada masa ini, pihak JPAM sedang menjalankan sebanyak 7 program kajian kesesuaian varieti-varieti padi di kawasan berpengairan dan kawasan yang tidak mempunyai kawasan berpengairan dengan kerjasama rakan-rakan penyelidikan strategik termasuk:
Kawasan Yang Mempunyai Sistem PengairanKawasan Tidak Mempunyai Sistem Pengairan
Longping High Tech Agriculture Co. Ltd. (Republik Rakyat China)
Varieti: BRN004
Hunan Hybrid Rice Research Centre (Republik Rakyat China)
Varieti: WDR102
Jiayuan Trading Company (Bersama Yuan Seed Company, Republik Rakyat China)
Varieti: Yuan1603
FINC-SINGROW (Republik Rakyat China)
Varieti: HHXR61, HY73, HY540, HY761
Yaz & Wyn Enterprise (bersama PT. Biogene Plantation, Republik Indonesia)
Varieti: Sembada178
Jiayuan Trading Company (Bersama Yuan Seed Company, Republik Rakyat China)
Varieti: Yuan1601
International Rice Research Institute (Berpangkalan di Republik Filipina)
Varieti: SVERA100

Varieti-varieti yang diuji kaji ini mempunyai potensi bagi menghasilkan antara: 6-8 mt/ha - bagi kawasan berpengairan dan; 2-3mt/ha - bagi kawasan tidak berpengairan non-irrigated.

  • Kajian Meningkatkan Kesuburan Tanah - Menerusi pendekatan pertanian regeneratif (regenerative agriculture) iaitu dengan menggunakan baja kompos di samping menggunakan baja kimia seperti lazimnya. Dapatan awal daripada kajian yang dilaksanakan di KKP Kandol selama tiga musim telah menunjukkan bahawa penggunaan baja kompos ini berupaya untuk mengurangkan kemasaman tanah dan dalam jangka panjang diharapkan akan menyumbang kepada pengeluaran hasil yang optima.

  • Meningkatkan keupayaan pembiakbakaan dan pengeluaran benih padi hibrid menerusi kerjasama teknikal dengan Republik Rakyat China. Pihak Republik Rakyat China telah bersetuju untuk memberikan bantuan teknikal di mana dua (2) orang pakar akan dihantar ke negara ini selama satu (1) tahun untuk melatih pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta penyelidik dari institusi pengajian tinggi dalam bidang pembiakbakaan padi hibrid (hybrid rice breeding) dan pengeluaran benih padi hibrid (hybrid seed production), dan dalam masa yang sama membantu membangunkan Pusat Penyelidikan Padi Hibrid di negara ini. Projek ini dijangka akan bermula pada pertengahan Ogos 2026.

  • Meningkatkan kemahiran pengusaha dalam menggunakan best practices dalam pengeluaran padi melalui kursus-kursus di bawah Sekolah Perladangan Pengusaha Padi (Rice Farmer Field School) yang masih lagi dilaksanakan di keempat-empat daerah.

  • Bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dalam melaksanakan program Belia Berpadi bagi melatih belia-belia untuk mengikuti program bagi mempelajari kaedah dan pengurusan tanaman padi. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan belia dalam perusahaan penanaman padi di samping bagi meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.