Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL174

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD SALAM meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memperkenalkan dasar kebangsaan yang mewajibkan penentuan, pengesahan dan perekodan kumpulan darah bagi setiap warganegara, serta memastikan rekod tersebut dapat diakses dengan cepat, selamat dan berintegriti apabila diperlukan, termasuk melalui integrasi dengan Kad Pengenalan Pintar?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan mengiktiraf maklumat kumpulan darah sebagai maklumat klinikal yang penting, khususnya dalam kecemasan perubatan, transfusi darah dan rawatan susulan pesakit.

Amalan Penentuan dan Perekodan Kumpulan Darah

Penentuan kumpulan darah dilaksanakan berdasarkan keperluan klinikal dan selaras dengan prosedur serta garis panduan Kementerian Kesihatan, seperti bagi pendermaan darah, transfusi darah, penjagaan antenatal, pembedahan tertentu serta tujuan diagnosis dan rawatan.

Keputusan ujian direkodkan dalam Bru-HIMS dan hanya boleh diakses oleh petugas kesihatan yang diberi kuasa.

Walau bagaimanapun, ujian pengesahan tetap dijalankan sebelum setiap transfusi darah bagi memastikan keselamatan pesakit, selaras dengan piawaian keselamatan transfusi antarabangsa.

Akses Rekod Melalui Sistem Kesihatan Digital

Maklumat kumpulan darah yang direkodkan dalam BruHIMS turut dipaparkan melalui aplikasi BruHealth, membolehkan orang ramai mengakses maklumat tersebut dengan mudah, selamat dan pada bila-bila masa.

Integrasi dengan Kad Pengenalan Pintar

Integrasi maklumat kumpulan darah dengan Kad Pengenalan Pintar adalah boleh dilaksanakan dari segi teknikal, namun memerlukan penelitian lanjut bersama agensi-agensi berkaitan, termasuk aspek tadbir urus data, keselamatan maklumat dan pelaksanaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Kementerian Kesihatan akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan untuk memperkukuhkan sistem rekod kesihatan digital serta memastikan akses yang selamat dan efisien kepada maklumat kesihatan rakyat dan penduduk negara.

Melalui pendekatan berasaskan keperluan klinikal, bukti saintifik dan keselamatan pesakit, kita berharap dapat memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan yang cekap dan selamat, seterusnya menyumbang kepada aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.