Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-080826-Hari-Keempat.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL286

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

Yang Berhormat Awang Lau How Teck meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah mekanisme yang dilaksanakan bagi mengenal pasti serta mengurangkan keperluan pematuhan kawal selia yang bertindih atau tidak lagi relevan kepada perusahaan tempatan, tanpa menjejaskan kepentingan awam, keselamatan dan integriti sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Dalam konteks Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah, usaha mengenal pasti serta mengurangkan keperluan pematuhan kawal selia yang bertindih atau tidak lagi relevan dilaksanakan melalui semakan berkala terhadap proses kerja, pelaksanaan Business Process Improvement, sesi libat urus bersama pihak berkepentingan serta penyelarasan dengan kementerian dan agensi yang mempunyai bidang kuasa teknikal. Melalui pendekatan ini, prosedur, syarat dan keperluan dokumen diteliti bagi menentukan sama ada ia masih diperlukan, boleh dipermudah, digabungkan atau dilaksanakan oleh satu agensi peneraju sahaja, tanpa menjejaskan keselamatan, kesihatan awam, akauntabiliti dan integriti penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Penambahbaikan proses turut mengambil kira maklum balas daripada pengusaha tempatan, peniaga pasar, tamu dan gerai, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta agensi berkaitan. Sesi libat urus ini membolehkan isu pematuhan di peringkat pelaksanaan dikenal pasti dengan lebih awal, manakala cadangan yang melibatkan perubahan dasar atau syarat kawal selia diselaraskan bersama kementerian dan agensi peneraju mengikut bidang kuasa masing-masing. Pendekatan ini memastikan usaha memudahcara perusahaan tempatan dilaksanakan secara praktikal dan responsif, tanpa mengurangkan perlindungan terhadap kepentingan awam.

Pada masa yang sama, pendigitalan perkhidmatan terus diperkukuh melalui sistem seperti OneBiz, pembayaran sewa dan cukai bangunan secara dalam talian serta penyediaan borang dan maklumat melalui saluran digital. Usaha ini turut disokong oleh projek Digital Identity yang membolehkan maklumat asas dan peribadi yang telah disahkan digunakan oleh kementerian dan agensi berkaitan berasaskan prinsip one source of truth, tertakluk kepada bidang kuasa serta kawalan keselamatan maklumat yang berkuat kuasa. Sebagai contoh, maklumat Kad Pengenalan boleh digunakan bagi mengesahkan butiran permohonan pasport, manakala maklumat ibu bapa yang tersedia dalam sistem boleh dirujuk bagi urusan pendaftaran kelahiran anak.

Pendekatan ini membantu mengurangkan pengemukaan dokumen berulang, proses manual dan tempoh pemprosesan.

Secara keseluruhannya, penambahbaikan kawal selia, penyelarasan antara agensi dan pendigitalan perkhidmatan dilaksanakan secara saling melengkapi bagi mewujudkan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, bersepadu dan berorientasikan pelanggan. Pada masa yang sama, keperluan berkaitan keselamatan, kebersihan, pematuhan undang-undang, perlindungan data dan kepentingan awam terus dipelihara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.