Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-100826-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL228

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah bagi melindungi bakal pelajar daripada penipuan berkaitan biasiswa luar negara, kemasukan ke universiti dan program pembangunan atau pertukaran belia sebelum mereka memberikan maklumat peribadi atau membuat pembayaran, termasuk sama ada mekanisme pengesahan berpusat akan diperkenalkan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Bagi melindungi bakal pelajar daripada penipuan berkaitan biasiswa luar negara, kemasukan ke universiti dan program pembangunan atau pertukaran belia, Kementerian menyediakan 3 langkah utama.

Pertama: Bakal pelajar yang berhasrat mengikuti pengajian, khususnya di luar negara adalah dinasihatkan supaya membuat semakan dengan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) sebelum menerima tawaran atau membuat sebarang komitmen. MKPK merupakan badan rujukan rasmi bagi menyemak status pengiktirafan institusi, program dan kelulusan dalam dan luar negara.

Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa MKPK berperanan dalam urusan pengiktirafan akademik sahaja dan bukan untuk mengesahkan bahawa setiap tawaran tersebut adalah bebas daripada unsur penipuan.

Kedua: Bakal pelajar bolehlah merujuk kepada Jabatan Pengurusan Biasiswa untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan biasiswa luar negara sebagai usaha untuk mengesahkan tawaran. Jabatan Pengurusan Biasiswa ada menyalurkan maklumat berkaitan biasiswa luar negara yang diterima secara rasmi daripada kerajaan asing, institusi atau agensi luar negara melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan, termasuk laman sesawang dan media sosial.

Bagi kemasukan ke universiti serta program pembangunan atau pertukaran belia, bakal pelajar hendaklah membuat pengesahan secara langsung dengan institusi, penaja, kementerian, agensi atau penganjur rasmi yang bertanggungjawab terhadap tawaran atau program berkenaan.

Ketiga: Sebelum memberikan maklumat peribadi atau membuat pembayaran, bakal pelajar mestilah meminta pengesahan dari institusi berkenaan melalui makluman perhubungan rasmi. Pelajar juga dinasihatkan supaya tidak memberikan maklumat sensitif seperti salinan kad pengenalan atau pasport, butiran akaun bank, kata laluan atau kod pengesahan kepada mana-mana pihak sebelum identiti pihak berkenaan dan saluran perhubungannya disahkan.

Mengenai cadangan mekanisme pengesahan berpusat, pada masa ini fungsi rujukan dan khidmat nasihat dilaksanakan melalui saluran rasmi mengikut bidang masing-masing. MKPK merupakan badan rujukan rasmi bagi pengiktirafan institusi, program dan kelulusan, manakala Jabatan Pengurusan Biasiswa memberikan maklumat serta khidmat nasihat berkaitan biasiswa luar negara.

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada Urus Setia MKPK dan Jabatan Pengurusan Biasiswa di Pusat Perkhidmatan Setempat atau One-Stop Centre, Bangunan Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun, pengesahan kesahihan sesuatu tawaran masih perlu dibuat dengan institusi, penaja, penganjur atau agensi rasmi yang berkaitan.

Kementerian Pendidikan akan terus memperkukuh penyampaian maklumat melalui laman sesawang dan media sosial rasmi, di samping meningkatkan kesedaran pelajar dan ibu bapa melalui program hala tuju, jerayawara serta khidmat nasihat berkaitan peluang pengajian dan biasiswa.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.