Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL287
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat
YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan jumlah kes tertunggak (backlog) dalam urusan pindah milik tanah dan MOT yang masih tertangguh bertahun-tahun sehingga membebankan waris dengan isu perundangan pusaka apabila pemilik meninggal dunia? Adakah Kementerian bersedia menetapkan had masa maksimum mandatori bagi kelulusan MOT?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Dalam situasi urusan pindah milik tanah berhubung dengan harta pusaka apabila pemilik meninggal dunia, pada asasnya perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh pihak waris atau keluarga yang berkenaan mengikut proses perundangan yang ditetapkan di Mahkamah Waris.
Setelah seorang pentadbir dipersetujui dan disahkan atau dilantik secara sah oleh Mahkamah, pentadbir berkenaan mempunyai kuasa untuk menguruskan urusan harta pusaka tertakluk kepada perintah atau kuasa yang diberikan oleh Mahkamah.
Oleh itu, sekiranya semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap dan tiada lagi pertikaian atau halangan perundangan dalam kalangan waris, proses pindah milik tanah kepada waris yang berhak dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar mengikut tatacara dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pada suku pertama tahun kewangan 2026/2027, sebanyak 418 permohonan pindah milik telah diterima oleh Jabatan Tanah di mana sebanyak 90% telah mendapat kebenaran dalam tempoh 90 hari, iaitu dari permohonan diterima sehingga mendapat kelulusan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.