Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-080826-Hari-Keempat.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL245

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan adakah struktur pekerjaan negara hari ini benar-benar mencerminkan ekonomi berpendapatan tinggi yang disasarkan dalam Wawasan Brunei 2035, di mana hampir satu pertiga tenaga kerja masih berada dalam kategori pekerjaan asas? Apakah sasaran Kerajaan untuk mengurangkan peratusan ini menjelang 2035?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Pekerjaan asas berdasarkan International Labour Organisation (ILO) adalah pekerjaan yang melibatkan tugas yang bersifat mudah dan rutin seperti pembersih, pembantu am, pengawal keselamatan, pembantu dapur, pemandu dan operator mesin asas. Kajian Tenaga Kerja 2025 merekodkan seramai 32,300 orang (atau 15 peratus) (iaitu 10,000 pekerja tempatan dan 22,300 pekerja asing) daripada 220,800 orang yang bekerja di sektor awam dan swasta adalah dalam kategori pekerjaan asas, dan bukannya hampir satu pertiga daripada keseluruhan tenaga kerja. Kadar pekerjaan asas secara purata dalam tempoh empat tahun kebelakangan berada dalam lingkungan 16 peratus.

Walaupun pekerjaan asas terus diperlukan bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi dan penyampaian perkhidmatan, matlamat ke arah ekonomi berpendapatan tinggi bukan semata-mata untuk menghapuskan kategori pekerjaan tersebut. Perkara yang lebih utama ialah meningkatkan bahagian pekerjaan yang berkemahiran, berproduktiviti dan bernilai tambah tinggi, di samping mempertingkatkan tahap kemahiran, penggunaan teknologi, pendapatan dan laluan perkembangan kerjaya dalam semua kategori pekerjaan.

Sebaliknya, hala tuju Kerajaan adalah untuk mentransformasikan struktur pekerjaan secara berperingkat melalui pewujudan lebih banyak pekerjaan berkualiti, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan pembangunan sektor-sektor bernilai tambah tinggi. Dengan pendekatan ini, peratusan pekerjaan asas dijangka dapat dikurangkan secara relatif apabila lebih banyak peluang pekerjaan profesional, teknikal, digital, hijau dan berkemahiran diwujudkan.

Selaras dengan Wawasan Brunei 2035, Kerajaan terus memberikan penumpuan kepada penyediaan pekerjaan yang decent iaitu pekerjaan yang menghasilkan pendapatan adil (fair income), menjamin keselamatan di tempat kerja, menyediakan perlindungan sosial, dan menawarkan peluang pembangunan kapasiti dan kemahiran bagi pekerja. Selain daripada menarik lebih banyak pelabur langsung asing yang dapat menjana pekerjaan yang lebih berkualiti, Kerajaan juga telah menyediakan dasar gaji minimum di sektor swasta secara berperingkat sebagai langkah untuk mengelakkan para pekerja dalam sektor-sektor tertentu dibayar gaji yang terlalu rendah. Alhamdulillah, sejak pelaksanaannya, sebanyak 99.7% (347 daripada 348) syarikat yang tersenarai di bawah Perintah berkenaan telah mengesahkan bahawa kesemua pekerja mereka dibayar dengan kadar upah minimum yang ditetapkan sekurang-kurangnya BND500 sebulan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan terus memperkukuh program upskilling dan reskilling, program perantisan serta penyelarasan pendidikan dan latihan dengan keperluan industri. Ini termasuk program SkillsPlus, SPIN in Accountancy, program-program di bawah Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan serta kerjasama tripartit melalui Manpower Industry Steering Committee. Usaha-usaha ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran, produktiviti dan mobiliti kerjaya tenaga kerja tempatan.

Oleh itu, ukuran kejayaan menjelang tahun 2035 bukan sekadar berapa banyak pekerjaan asas dapat dikurangkan, tetapi sejauh mana lebih ramai rakyat memperoleh pekerjaan berkualiti, meningkatkan kemahiran dan pendapatan, menikmati laluan kerjaya yang lebih baik serta menyumbang kepada ekonomi yang lebih produktif, dinamik dan berdaya tahan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.