Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-060826-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL229

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan sama ada Basic Tourist Guide Course dapat diperluaskan dalam pelbagai bahasa melalui institusi awam seperti Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), serta sama ada yuran kursus berjumlah $1,033 dapat dikurangkan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

1) Mengenai Kerjasama Bersama Institusi Latihan Awam dan Isu Tenaga Pengajar

Untuk makluman, Kementerian ini melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan sememangnya sentiasa menjalin kerjasama strategik bersama institusi-institusi awam seperti Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Kerjasama ini merangkumi pelbagai program peningkatan keupayaan dan kompetensi bagi tenaga kerja industri hospitaliti dan pelancongan, termasuklah Basic Tourist Guide Course serta kursus-kursus kemahiran bahasa.

Walau bagaimanapun, dalam mengendalikan Basic Tourist Guide Course secara khusus, pihak institusi awam pada masa ini masih berhadapan dengan kekangan dari segi ketersediaan tenaga pengajar berkemahiran dan pakar khusus tempatan. Perkara ini membataskan keupayaan institusi-institusi berkenaan untuk mengendalikan kursus tersebut.

2) Mengenai Inisiatif Kursus Pemandu Pelancong Bahasa Mandarin

Bagi memenuhi permintaan pasaran pelancongan antarabangsa yang memerlukan lebih ramai pemandu pelancong fasih berbahasa Mandarin, Kementerian telah berhasrat untuk mengendalikan kursus khas ini bersama L3C. Namun, memandangkan pihak L3C belum bersedia dari segi penyediaan modul dan tenaga pengajar khusus.

Oleh yang demikian, Jabatan Kemajuan Pelancongan telah mengambil langkah proaktif dengan bekerjasama bersama institusi swasta bagi mengendalikan Kursus Asas Pemandu Pelancong dalam Bahasa Mandarin. Walau bagaimanapun, penganjuran kursus Bahasa Mandarin tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan jumlah pendaftaran yang diterima belum mencapai jumlah kuota minimum peserta yang ditetapkan bagi membolehkan sesuatu sesi latihan diungkayahkan.

3) Mengenai Penjelasan Struktur Yuran ($1,033)

Mengenai isu kadar yuran berjumlah $1,033 bagi seorang peserta, pihak Kementerian ingin menjelaskan bahawa penetapan yuran ini adalah berasaskan perbelanjaan kos komprehensif. Ini adalah bagi memastikan kualiti latihan serta pensijilan yang dikeluarkan memenuhi piawaian antarabangsa dan diiktiraf. Pecahan kos tersebut merangkumi empat komposit utama:

  • Pertama, Pelantikan Tenaga Pakar Luar (Expert Trainer): Meliputi kos logistik, penerbangan, penginapan, dan kepakaran pakar jemputan dari Malaysia yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang teknik penceritaan (storytelling techniques) serta penyampaian naratif warisan (heritage interpretation).

  • Kedua, Latihan Amali dan Lawatan Lapangan (Field Trips): Meliputi kos sewaan pengangkutan awam, logistik, serta kos kemasukan bagi pergerakan amali ke lokasi-lokasi tarikan utama seperti Daerah Temburong, Daerah Tutong, Kampong Ayer, dan tempat-tempat bersejarah.

  • Ketiga, Modul Pertolongan Cemas (First Aid Certification): Merupakan komponen dan modul wajib bagi memastikan setiap pemandu pelancong bertauliah mempunyai kemahiran keselamatan dan kesiapsiagaan semasa mengendalikan pelawat.

  • Keempat, Bahan Kursus dan Pentadbiran: Merangkumi penyediaan bahan pembelajaran, fasilitasi penilaian amali, dan urusan pensijilan rasmi.

Kementerian berpandangan bahawa kadar yuran yang dicadangkan adalah munasabah jika dibandingkan dengan negara serantau. Sebagai contoh, program latihan pemandu pelancong di Singapura memerlukan sekurang-kurangnya 120 jam latihan ataupun sekadar dua (2) bulan bagi program sepenuh masa manakala program separuh masa boleh mengambil masa sehingga empat (4) hingga lima (5) bulan dengan yuran sekitar SGD1,125 hingga SGD1,950 selepas subsidi kerajaan.

Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira konteks Brunei Darussalam serta maklum balas yang diterima daripada pihak industri, khususnya agensi pelancongan dan majikan, kebanyakan pihak memaklumkan bahawa mereka hanya mampu melepaskan kakitangan mereka untuk mengikuti latihan intensif selama kira-kira sepuluh (10) hari sahaja. Tempoh yang lebih panjang akan memberi kesan kepada operasi harian syarikat memandangkan bilangan pemandu pelancong yang terhad dan kekangan sumber manusia yang dihadapi oleh kebanyakan pengusaha pelancongan tempatan.

Sehubungan itu, Kementerian telah memilih pendekatan yang lebih praktikal dan bersesuaian dengan keperluan industri tempatan melalui pelaksanaan kursus asas selama sepuluh (10) hari. Bagi memastikan tahap kompetensi dan profesionalisme pemandu pelancong terus dipertingkatkan, kursus ini akan dilengkapi dengan siri latihan - Knowledge Training yang akan ditawarkan secara percuma sepanjang tahun. Pendekatan ini membolehkan para pemandu pelancong terus menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang-bidang khusus seperti Taman Rekreasi Hutan Luagan Lalak, Brunei River Heritage, Brunei River Safari, Taklimat mengenai Adat Istiadat, tanpa menjejaskan operasi syarikat masing-masing.

Di samping itu juga, Sekretariat Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) juga ada menyediakan skim pembiayaan SkillsPlus bagi menggalakkan pembentukan kemahiran (reskilling dan upskilling) dalam kalangan anak-anak tempatan. Ini termasuk Kursus Asas Pemandu Pelancong yang menampung yuran pengajian sebanyak BND$1,000.00 bagi pencari kerja tempatan yang memenuhi kriteria. Kemudahan ini juga dapat membantu memastikan faktor kewangan tidak menjadi penghalang kepada pencari kerja tempatan yang berpotensi untuk mengikuti latihan, di samping menyokong usaha membangunkan tenaga kerja pelancongan yang berkemahiran dan berkualiti.

Sehubungan itu, Kementerian akan terus meneliti kerjasama dengan institusi latihan awam seperti Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) serta pihak-pihak berkepentingan yang lain bagi memperkukuhkan penyediaan tenaga pengajar, pembangunan modul dan penyampaian latihan yang lebih mampan.

Pada masa yang sama, Kementerian juga akan terus mengkaji pendekatan yang bersesuaian bagi mengoptimumkan kos pelaksanaan kursus tanpa menjejaskan kualiti latihan, standard profesionalisme serta pengiktirafan pensijilan yang diberikan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.