Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-080826-Hari-Keempat.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL246

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHAMAD DANIAL @ TEKPIN BIN YA'AKUB meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan dasar Ganjaran Berdasarkan Nisbah Tenaga Kerja Tempatan, iaitu keutamaan perolehan kerajaan atau insentif cukai kepada syarikat yang mengekalkan sekurang-kurangnya 70% tenaga kerja tempatan, dan apakah mekanisme pelaksanaan atau halangan utamanya?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Kaedah Nisbah Tempatan Asing (NTA) memang sudah dalam perancangan. Walau bagaimanapun penetapan nisbah perlu diteliti secara mendalam dengan mengambil kira kemampuan berbagai jenis syarikat di dalam sektor-sektor yang berbeza. Pertimbangan juga perlu mengambil kira ketersediaan bekalan tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran dan juga pengalaman yang sepadan dengan keperluan syarikat.

Dari segi insentif, beberapa kemudahan percukaian telah tersedia di bawah Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35) bagi menggalakkan syarikat mengambil, membangunkan dan mengekalkan pekerja tempatan, termasuk Kredit Cukai Sumbangan Tambahan Caruman TAP yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2011, Kredit Cukai Pengambilan Tenaga Kerja Tempatan dan Kredit Cukai Latihan yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

Kredit Cukai Sumbangan Tambahan Caruman TAP diberikan sebanyak 10 peratus ke atas sumbangan tambahan daripada jumlah sumbangan caruman tahun sebelumnya ke dalam caruman Tabung Amanah Pekerja. Bagi Kredit Cukai Pengambilan Tenaga Kerja Tempatan pula, syarikat yang mengambil pekerja tempatan baharu boleh menuntut kredit cukai sebanyak 50 peratus daripada jumlah gaji yang dibayar kepada pekerja tempatan berkenaan bagi tempoh maksimum tiga (3) tahun. Manakala, di bawah kredit cukai latihan, syarikat yang mengeluarkan perbelanjaan bagi latihan pekerja dibenarkan menuntut kredit cukai sebanyak 100 peratus daripada jumlah gaji kasar yang dibayar sepanjang tempoh latihan tersebut.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.