Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-100826-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL293

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan langkah dan perancangan Kementerian bagi meluaskan liputan serta meningkatkan kelajuan internet, khususnya di kawasan pedalaman, agar masyarakat dapat menikmati akses yang lebih stabil, pantas dan menyeluruh? Ini memandangkan akses internet yang berkualiti merupakan keperluan asas dalam menyokong pendidikan, ekonomi dan penyampaian perkhidmatan digital.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Dasar Kementerian adalah jelas, iaitu memastikan akses internet yang berkualiti, stabil dan berkelajuan tinggi dapat dinikmati secara menyeluruh, tanpa mengira sama ada masyarakat berada di kawasan bandar ataupun luar bandar. Dalam hal ini, Perkhidmatan Internet Yang Berkualiti Tinggi merupakan antara Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan (National Key Performance Indicators - NKPI) yang dipantau dari segi liputan dan kualiti pengalaman pengguna.

Pada masa ini, liputan Jalur Lebar Tetap (Fixed Broadband/FTTH) telah mencapai 96% penduduk, manakala liputan rangkaian mudah alih mencapai 99% penduduk, termasuk 97.65% liputan 5G.

Dari segi kelajuan pula, setakat Jun 2026, sebanyak 99.97% pengguna kediaman mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar tetap berkelajuan 100 Mbps ke atas, tertakluk kepada langganan masing-masing. AITI juga menjalankan pemantauan prestasi rangkaian secara berkala di seluruh negara bagi memastikan kelajuan yang diterima pengguna adalah selaras dengan pakej langganan mereka. Dalam ujian yang dijalankan ke atas 30 pengguna kediaman, kesemuanya mencapai kelajuan muat turun mengikut kelajuan langganan masing-masing.

Namun demikian, Kementerian tidak hanya melihat kepada angka purata di peringkat nasional. Keutamaan kita adalah memastikan jurang digital antara kawasan bandar dan pedalaman terus dirapatkan.

Dalam hubungan ini, Kementerian melalui AITI, dengan kerjasama Unified National Networks Sendirian Berhad (UNN), akan terus memperluaskan dan mengoptimumkan infrastruktur telekomunikasi, termasuk melalui pembinaan menara-menara baharu. Sejak tahun 2021, sebanyak 38 menara telah siap dibina dan beroperasi, manakala tiga lagi sedang dalam pelaksanaan di Kampung Kuala Unggar, Hutan Simpan Bukit Ladan dan Kampung Lamaling.

Usaha ini juga telah meningkatkan liputan di beberapa kawasan pedalaman, antaranya Kampung Melilas, Kampung Sukang, Kampung Sumbiling Baru dan Lama, serta Kampung Long Mayan. Bagi jalur lebar tetap pula, garis asas kelajuan langganan telah dinaikkan kepada sekurang-kurangnya 100 Mbps sejak tahun 2023.

Dari segi pemantauan, AITI juga melaksanakan ujian rangkaian secara berkala, termasuk ujian data untuk menilai kelajuan purata internet mudah alih dan ujian liputan bagi memastikan ketersediaan rangkaian 4G dan 5G di seluruh negara.

Secara keseluruhannya, hala tuju Kementerian adalah untuk memastikan pembangunan infrastruktur digital tidak hanya tertumpu kepada peningkatan kelajuan, tetapi turut memberi penekanan kepada liputan, kestabilan dan kesamarataan akses. Ini penting supaya internet benar-benar menjadi infrastruktur asas yang menyokong pendidikan, aktiviti ekonomi dan penyampaian perkhidmatan digital, termasuk bagi masyarakat di kawasan pedalaman.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.