Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL281

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah kerajaan memastikan ekosistem sokongan kepada SME benar-benar meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing perusahaan tempatan sehingga mampu berkembang ke pasaran serantau dan antarabangsa, mengambil kira pelbagai inisiatif telah diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) menyediakan sokongan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan mengikut tahap perkembangan dan keperluan perniagaan, bermula daripada pembinaan asas keusahawanan dan penubuhan perniagaan, sehingga peningkatan skala, pendigitalan, pensijilan, pembiayaan, penyertaan dalam rantaian bekalan serta akses kepada pasaran serantau dan antarabangsa.

Bagi membina asas dan keupayaan perniagaan, program seperti Industry Business Academy dan Micro Bootcamp menyediakan latihan berkaitan pengurusan dan pembangunan perniagaan. Accelerate Bootcamp, Program Inkubasi iCentre dan Brunei Innovation Lab pula menyokong pembangunan syarikat pemula serta perusahaan berasaskan teknologi dan inovasi, termasuk dengan menyediakan ruang inkubasi, pembangunan kapasiti dan hubungan dengan pemain industri.

Bagi PMKS tempatan yang telah mempunyai hasil pendapatan dan berpotensi untuk berkembang, Program Elevate menyediakan bimbingan bagi meningkatkan prestasi dan skala perniagaan. Sokongan turut diberikan melalui skim pembiayaan dan pelaburan, termasuk Skim Co-Matching dan Growth Facilitation Fund, tertakluk kepada syarat kelayakan program.

Dari segi peningkatan produktiviti, Tech Enablement Programme memudah cara penggunaan penyelesaian digital secara bersubsidi bagi membantu PMKS tempatan meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi perniagaan. Bagi meningkatkan kualiti, pematuhan dan kesiapsiagaan eksport pula, Standards Consultancy Programme membantu PMKS tempatan membuat persediaan untuk mendapatkan pensijilan piawaian antarabangsa.

Bagi memperluas akses pasaran, inisiatif seperti Bruneian Made, Kontena Park, ekspo perdagangan serta program akses pasaran antarabangsa menyediakan saluran bagi PMKS tempatan menguji, mempromosikan dan menjual produk masing-masing. BEDB turut memudah cara penyertaan perusahaan tempatan dalam ekspo serantau dan antarabangsa serta mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dieksport.

Pada masa yang sama, DARe LINKS dan i-Usahawan membuka akses kepada peluang tender, kontrak dan rantaian bekalan syarikat yang lebih besar. Pendekatan ini membolehkan pembangunan kapasiti perusahaan disokong dengan peluang pasaran dan perolehan yang sebenar.

Pencapaian setakat ini yang telah direkodkan melalui program-program berkenaan ialah:

  • 519 perniagaan baharu didaftarkan melalui Micro Bootcamp dan 797 peluang pekerjaan, termasuk pekerjaan sendiri (self-employment) telah dijana;
  • 174 syarikat Startup didaftarkan melalui Accelerate Bootcamp dan 869 peluang pekerjaan, termasuk pekerjaan sendiri dijana (self-employment);
  • 65 syarikat telah memperoleh pensijilan piawaian antarabangsa;
  • 40 PMKS tempatan memasarkan lebih 500 produk melalui inisiatif Bruneian Made;
  • 88 syarikat F&B telah dilahirkan melalui inisiatif Kontena Park dengan hasil jualan keseluruhan sebanyak BND2.5 juta, dan
  • 66 syarikat telah berdaftar di bawah Tech Enablement Programme program yang dilancarkan pada Mei 2025, dimana 48 syarikat telah mula menggunakan program tersebut.

Pencapaian tersebut menunjukkan perkembangan dari segi penubuhan perniagaan, pewujudan pekerjaan, peningkatan skala perusahaan, pensijilan, pendigitalan dan penjanaan jualan. Walau bagaimanapun, PMKS tempatan masih menghadapi cabaran seperti keupayaan pengeluaran, kos operasi dan logistik, pematuhan piawaian, penggunaan teknologi serta keupayaan memenuhi permintaan pasaran secara konsisten.

Oleh itu, BEDB akan terus menyesuaikan program berdasarkan tahap perkembangan PMKS tempatan, jurang keupayaan yang dikenal pasti, keperluan industri dan kehendak pasaran. Pendekatan ini bertujuan membantu lebih banyak perusahaan tempatan meningkatkan produktiviti dan inovasi, memperkukuh daya saing serta membina keupayaan untuk berkembang ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Bagi sektor agrimakanan, ekosistem sokongan kepada SME adalah dinilai mengambil kira tahap kematangan, kapasiti dan keperluan setiap perusahaan. Taskforce Agrifood telah mengkategorikan perusahaan kepada tiga tier:

  • Tier 1 terdiri daripada syarikat yang telah stabil dan lama bertapak dalam industri;
  • Tier 2 melibatkan perusahaan yang mempunyai premis atau tapak operasi serta berpotensi untuk berkembang;
  • Manakala, Tier 3 terdiri daripada perusahaan mikro, home-based dan startup yang masih di peringkat awal pembangunan.

Memandangkan setiap tier mempunyai tahap keupayaan dan cabaran yang berbeza, pendekatan sokongan turut disesuaikan agar lebih berkesan dan mampu mencapai KPI yang ditetapkan. KPI utama bagi:

  • Tier 1 memberi tumpuan kepada penembusan pasaran eksport;
  • Tier 2 kepada meningkatkan kapasiti dan kesediaan/potensi ke arah eksport;
  • Manakala, Tier 3 memberi fokus kepada pembangunan kapasiti serta membantu perusahaan beralih daripada operasi home-based kepada premis khusus.

Inisiatif yang disediakan turut disesuaikan mengikut kategori perusahaan:

  • Bagi Tier 3, sokongan merangkumi program product enhancement, material input enhancement, capacity enhancement, certification dan local market facilitation bagi membangunkan kapasiti dan memperkukuh asas perniagaan;
  • Bagi Tier 2, tumpuan diberikan kepada program certification dan export market facilitation bagi meningkatkan kesediaan serta potensi menembusi pasaran eksport;
  • Manakala bagi Tier 1, inisiatif difokuskan kepada export market facilitation bagi memperluaskan penembusan dan daya saing produk tempatan di pasaran serantau dan antarabangsa.

Melalui pendekatan berperingkat yang dilaksanakan oleh Taskforce Agrifood, Alhamdulillah, sejak penubuhannya pada tahun 2022, beberapa pencapaian yang memberangsangkan telah berjaya direkodkan:

  • Bagi Tier 1, sebanyak tiga (3) syarikat telah berjaya menembusi pasaran eksport, iaitu PDS Abattoir Sdn Bhd, BMC Food Industries Sdn Bhd dan Ghanim International Corp Sdn Bhd;
  • Bagi Tier 2, sebanyak sembilan (9) syarikat telah berjaya menembusi pasaran eksport, iaitu RBC Sdn Bhd, Sabli Food Industries Sdn Bhd, Marimin Sdn Bhd, Mori Farm, Ori Sdn Bhd, Sahamada Corp Sdn Bhd, Taurean Bakeshop, Atoll Agro & Cold Storage Sdn Bhd dan A. Ayam Berjaya (B) Sdn Bhd;
  • Manakala bagi Tier 3, sebanyak lima (5) perusahaan telah berjaya dipindahkan daripada operasi home-based ke dedicated premises, iaitu Rizqussalam, M2Victoria Company, Kayu Manis Babu, As Sehha Group dan Dapur Lagenda.bn.
Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.