Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL232

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah Kerajaan, dengan mengambilkira tindakan kawal selia di Singapura dan Hong Kong terhadap etomidate serta bahan analognya, untuk memperkukuh pencegahan dan kerjasama antara agensi dalam membanteras pengimportan dan pengedaran rokok elektronik yang mengandungi bahan psikoaktif.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan memandang serius trend penggunaan rokok elektronik yang mengandungi bahan psikoaktif seperti etomidate dan bahan-bahan terlarang yang lain kerana ia boleh mendatangkan risiko kesihatan yang serius kepada pengguna.

Kerajaan mengambil pendekatan whole-of-government melalui kerjasama rapat antara:

  • Kementerian Kesihatan;
  • Biro Kawalan Narkotik;
  • Pasukan Polis Diraja Brunei;
  • Jabatan Kastam dan Eksais Diraja; dan
  • agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan,

bagi membanteras pengimportan, pengedaran dan penyalahgunaan produk berkenaan.

Kerjasama ini merangkumi:

  • perkongsian risikan dan maklumat;
  • operasi penguatkuasaan secara bersepadu;
  • pemantauan di pintu-pintu masuk negara;
  • siasatan terhadap rangkaian pengedaran; dan
  • tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

Kementerian Kesihatan turut bekerjasama dengan Biro Kawalan Narkotik dalam mengenal pasti trend bahan-bahan baharu yang disalahgunakan, termasuk bahan analog yang digunakan dalam rokok elektronik, supaya langkah kawal selia dan penguatkuasaan dapat diperkukuhkan mengikut perkembangan semasa.

Biro Kawalan Narkotik (BKN) mula merekodkan rampasan cecair vape yang dipercayai mengandungi bahan psikoaktif pada tahun 2024. Sehingga kini 2 individu telah ditahan melalui operasi dan pemeriksaan di pos-pos kawalan negara dan sebanyak 115 botol cecair vape yang dipercayai mengandungi bahan psikoaktif telah dirampas.

Pada tahun 2024 juga, Jabatan Perkhidmatan Saintifik (DSS), Kementerian Kesihatan, telah mengesan empat bahan psikoaktif baharu melalui analisis ke atas sampel cecair vape yang dirampas oleh BKN, iaitu:

  • Dipentylone (Synthetic Cathinone);
  • Etizolam (Benzodiazepine Analog);
  • Fluoroamphetamine (Amphetamine); dan
  • MDMB-4en-PINACA (Synthetic Cannabinoid).

Penemuan ini menunjukkan bahawa penyalahgunaan vape kini melibatkan bahan psikoaktif baharu (new psychoactive substances) yang sentiasa berubah dan menjadi cabaran kepada agensi penguatkuasaan di seluruh dunia.

Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan bahan psikoaktif baharu (new psychoactive substances) di Negara Brunei Darussalam. Sekiranya dikenal pasti terdapat bahan-bahan baharu yang menimbulkan risiko kepada kesihatan awam dan keselamatan negara, Kementerian Kesihatan, bersama agensi-agensi berkaitan, akan menilai dan mengkaji keperluan untuk mengemas kini senarai bahan terkawal serta peruntukan undang-undang yang berkaitan. Pendekatan ini adalah penting bagi memastikan kerangka perundangan negara kekal relevan, responsif dan berkesan dalam membendung ancaman penyalahgunaan bahan psikoaktif yang sentiasa berkembang.

Dari sudut kesihatan awam, Kementerian terus mempertingkatkan usaha pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya penggunaan vape yang mengandungi bahan psikoaktif melalui:

  • sekolah;
  • institusi pendidikan;
  • media massa;
  • media sosial; dan
  • penglibatan komuniti.

Bagi golongan remaja dan belia, pendekatan pencegahan awal terus diperkukuhkan melalui sesi-sesi kesedaran, nasihat, kaunseling serta rujukan ke Klinik Berhenti Merokok bagi individu yang memerlukan bantuan menghentikan penggunaan produk nikotin.

Kementerian Kesihatan akan terus menilai keperluan memperkukuhkan kerangka kawal selia selaras dengan perkembangan bukti saintifik, trend penyalahgunaan bahan baharu serta amalan terbaik di peringkat antarabangsa, dengan matlamat utama melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat.

Kementerian Kesihatan kekal komited untuk memperkukuhkan pendekatan berasaskan pencegahan, kawal selia, penguatkuasaan dan kerjasama antara agensi dalam menangani ancaman vape yang mengandungi bahan psikoaktif.

Melalui kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan, pengemaskinian perundangan, pengukuhan keupayaan teknikal serta pendidikan kesihatan kepada masyarakat, Kerajaan akan terus memastikan kesihatan awam dan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.