Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL255
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan maklumat berkenaan 18 projek FDI baharu yang sedang dalam pelaksanaan termasuk nilai pelaburannya? Apakah jenis 3,000 pekerjaan serta kemahiran yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat tersebut? Maklumat ini membolehkan usahawan tempatan yang berminat, meraih spin-off dan belia-belia yang sedang mencari pekerjaan akan dapat merancang upskilling bagi memenuhi tenaga kerja yang diperlukan.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Setakat 30 Jun 2026, 23 projek FDI yang telah diluluskan untuk dilaksanakan di NBD dengan jumlah pelaburan terkumpul sebanyak USD5.62 bilion. Projek-projek tersebut diunjurkan akan mewujudkan kira-kira 3,300 peluang pekerjaan.
Pecahan peluang pekerjaan yang akan diwujudkan dari pelaburan tersebut termasuk:
-
Sektor Hiliran Minyak dan Gas serta Peralihan Tenaga, disasarkan memerlukan 1,875 pekerja, termasuk 1,043 jawatan bagi anak-anak tempatan dalam bidang:
- Operator Loji dan Juruteknik Proses (Plant Operators and Process Technicians)
- Jurutera Operasi dan Penyelenggaraan (Operations & Maintenance Engineers)
- Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Technicians)
- Pegawai dan Penyelia Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE Personnel and Supervisors)
- Penyelia Loji Pemprosesan (Process Plant Supervisors)
- Kakitangan Logistik dan Stor (Logistics and Stores Personnel)
- Operator dan Pemandu (Operators and Drivers)
- Jawatan Teknikal berkaitan Hidrogen dan Peralihan Tenaga (Hydrogen-related technical roles and STEM capability development)
-
Kemahiran yang diperlukan dalam sektor Hiliran Minyak dan Gas serta Peralihan Tenaga termasuk:
- Operasi Loji Pemprosesan (Process Plant Operations)
- Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrikal Industri (Industrial Mechanical & Electrical Maintenance)
- Sistem Instrumentasi dan Kawalan (Instrumentation and Control Systems)
- Automasi Industri termasuk PLC/SCADA (Industrial Automation (PLC/SCADA))
- Keselamatan Proses dan HSE (Process Safety and HSE)
- Industrial QA/QC and Inspection
- Teknologi Hidrogen dan Energy Transition
- Industrial Logistics
- Warehouse Operations
-
Sektor Makanan, Pertanian dan Akuakultur, disasarkan memerlukan 887 pekerja, termasuk 433 jawatan bagi anak-anak tempatan dalam bidang:
- Aquaculture Supervisors
- Farm Management Personnel
- Production Teams
- Laboratory Staff
- Research & Development Personnel
- Food Processing Workers
- Regulatory & Compliance Personnel
- Boat Operators
-
Kemahiran yang diperlukan dalam sektor Makanan, Pertanian dan Akuakultur termasuk:
- Operasi Akuakultur dan Perikanan (Aquaculture and Fisheries Operations)
- Pengurusan Ladang
- Teknologi Pemprosesan Makanan
- Keselamatan Makanan termasuk HACCP dan GMP
- Latihan Juruteknik Makmal
- Jaminan Kualiti Makanan
- Operasi Pengeluaran (Production Operations)
- Bidang Pertanian dan Sains Alam Sekitar (Environmental Sciences)
-
Sektor Perkhidmatan, disasarkan memerlukan 184 pekerja, termasuk 105 jawatan bagi anak-anak tempatan dalam bidang:
- Operator Peralatan Berat (Heavy Equipment Operators)
- Pengimpal (Welders)
- Fitters
- Fabricators
- HVAC Technicians
- Inspectors
- Riggers
- Banksmen
- Kakitangan Pengurusan Fasiliti (Facility Management Personnel)
Berdasarkan data tenaga kerja semasa, projek-projek FDI yang sedang dalam fasa pelaksanaan dijangka mewujudkan kira-kira 2,946 peluang pekerjaan, termasuk sasaran 1,591 jawatan bagi anak-anak tempatan.
Daripada keseluruhan jawatan yang dikenal pasti, sekitar 53.8 peratus merupakan pekerjaan berkemahiran, manakala 15.1 peratus merupakan jawatan penyeliaan dan 9.1 peratus merupakan jawatan pengurusan.
Pada masa yang sama, 26 projek pelaburan telah dilaksanakan dan beroperasi di NBD, menyediakan kira-kira 4,167 peluang pekerjaan yang mana, hanya kira-kira 2,087 jawatan telah diisi oleh anak-anak tempatan. Pihak BEDB akan membuat penilaian lanjut dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain bagi memastikan jawatan-jawatan tersebut dapat diganti dan diisi oleh anak-anak tempatan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.