Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL230
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan status dan garis masa penyediaan laluan pejalan kaki yang menghubungkan Gadong dengan Kiulap, serta sama ada langkah keselamatan sementara seperti lintasan pejalan kaki, pencahayaan dan papan tanda tunjuk arah di sekitar Pusing Keliling Jame' 'Asr akan dilaksanakan menjelang Visit Brunei Year 2027.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Kementerian Pembangunan amat menyambut baik keprihatinan Yang Berhormat mengenai kemudahan pejalan kaki untuk menghubungkan Kawasan Gadong dengan Kiulap, dan keselamatan pejalan kaki khususnya dalam persediaan menjelang Visit Brunei Year 2027.
Untuk makluman Yang Berhormat, perhubungan fizikal bagi pejalan kaki di antara Kawasan Komersial Gadong dan Kiulap pada masa ini sememangnya telah sedia ada. Laluan ini menghubungkan:
- Kawasan Komersial Gadong melalui Jalan Pasar Gadong menuju ke Pusing Keliling Jame' 'Asr;
- Pusing Keliling Jame' 'Asr yang dilengkapi laluan pejalan kaki di sekelilingnya; dan
- Jalan Jame' 'Asr seterusnya ke Kawasan Komersial Kiulap, yang turut dibantu oleh kemudahan jejantas sedia ada bagi melintas jalan raya dengan selamat.
Kementerian memahami bahawa tahap kesedaran (awareness) dan panduan arah yang lebih jelas amat diperlukan bagi memudahkan pergerakan awam dan pelancong. Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya sedang memfokuskan kepada beberapa langkah penambahbaikan:
- Memasang papan tanda tunjuk arah panduan pejalan kaki di lokasi-lokasi strategik bagi memudahkan orang ramai dan pelancong mengenali dan menggunakan laluan perhubungan ini.
- Memasang papan tanda pejalan kaki dan menambah lampu isyarat pejalan kaki di sekitar Pusing Keliling Jame' 'Asr untuk memberikan keselesaan serta keyakinan yang lebih tinggi kepada pengguna jalan kaki.
Kerja-kerja pemasangan papan tanda tunjuk arah dan penambahbaikan kemudahan keselamatan ini dijadualkan untuk dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan November 2026, iaitu sebagai persediaan awal sebelum bermulanya Visit Brunei Year 2027.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.