Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL252
SOALAN
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan meminta Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri menyatakan impak bazar keusahawanan tempatan terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan usahawan tempatan? Adakah kementerian telah menjalankan kajian mengenai peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan dan kelangsungan perniagaan peserta dan apa pelan tindakan bagi memastikan program ini dapat memberi manfaat ekonomi yang mapan kepada negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Sebagai salah satu platform utama BEDB dalam memperluas akses pasaran bagi PMKS tempatan, Brunei MSME Festival dianjurkan untuk membantu perusahaan memasarkan dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan, menjana hasil jualan, membina rangkaian perniagaan dan meningkatkan kesedaran terhadap keusahawanan tempatan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, enam siri Brunei MSME Festival telah mencatatkan sebanyak 1,005 penyertaan, menarik seramai 143,890 pengunjung dan menjana hasil jualan keseluruhan berjumlah BND1,771,578.76. Festival tersebut turut melibatkan seramai 40 pembeli tempatan dan antarabangsa melalui Hosted Buyer Programme, di samping sesi pemadanan perniagaan bagi membuka peluang kerjasama komersial dan akses kepada pasaran yang lebih luas.
Pencapaian ini menunjukkan bahawa bazar dan ekspo keusahawanan memberikan manfaat secara langsung melalui hasil jualan, pendedahan pasaran dan peluang jaringan perniagaan. Walau bagaimanapun, BEDB belum mempunyai kajian khusus dan menyeluruh yang menjejaki ke semua peserta dalam jangka panjang dari segi peningkatan pendapatan, pembukaan peluang pekerjaan dan kelangsungan perniagaan.
BEDB akan terus memperkukuh akses pasaran dan kesiapsiagaan PMKS untuk berkembang melalui Brunei MSME Festival, pemadanan perniagaan, Hosted Buyer Programme dan saluran jualan lain, disokong oleh program pembangunan kapasiti, pembiayaan, pensijilan dan fasilitasi eksport.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.