Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-080826-Hari-Keempat.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL227

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mengintegrasikan National Labour Management System (NLMS) dengan sistem Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan untuk mewajibkan pemilik kediaman mendaftar dan mengemas kini maklumat pekerja asing yang menyewa kediaman serta membolehkan Ketua Kampung mengesahkan maklumat alamat bagi tujuan kecemasan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Pengintegrasian antara National Labour Management System (NLMS) di Jabatan Buruh yang sekarang ini dikenali sebagai Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan dengan Immigration and National Registration System (INRS) di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah dilaksanakan secara berperingkat.

  • Sejak April 2023, NLMS menggunakan data daripada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bagi mengesahkan maklumat majikan melalui kaedah electronic Know Your Customer atau e-KYC.
  • Sejak tahun 2024 pula, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menggunakan maklumat daripada Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan bagi mengesahkan kelulusan Lesen Pekerja Asing dalam NLMS, sekali gus mengurangkan risiko pemalsuan dokumen.
  • Bermula tahun 2025, maklumat kelulusan Lesen Pekerja Asing turut dikongsikan secara langsung antara NLMS dan INRS bagi memproses pengeluaran Visa Kerja.

Pada masa yang sama, keseluruhan proses pengambilan pekerja asing, pengeluaran visa dan Pas Kerja terus diperkukuh melalui penyelarasan antara agensi-agensi berkepentingan. Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan mengesahkan maklumat pendaftaran serta pemilikan syarikat melalui kerjasama dengan Registry of Companies and Business Names, manakala Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan memastikan warga asing tinggal dan bekerja secara sah melalui pengurusan visa, pas imigresen dan kad pengenalan. Pemantauan pematuhan turut dilaksanakan melalui pemeriksaan premis serta operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Dari segi alamat kediaman, maklumat tempat tinggal pekerja asing perlu dinyatakan semasa proses permohonan Lesen Pekerja Asing selaras seperti yang digariskan di bawah Bab 86 Akta Pekerjaan Penggal 278. Di bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan (Penggal 19) pula, setiap warga asing yang memegang Pas Imigresen yang sah bagi tempoh melebihi tiga bulan juga dikehendaki mendaftar dan memiliki Kad Pengenalan, termasuk memberikan maklumat alamat tempat tinggal. Oleh itu, mekanisme asas bagi merekodkan maklumat pekerja asing dan alamat kediaman telah pun tersedia melalui proses pengurusan tenaga manusia, imigresen dan pendaftaran kebangsaan.

Dalam konteks ini, maklumat yang bersesuaian boleh dikongsikan kepada Penghulu Mukim dan Ketua Kampung bagi tujuan tertentu, termasuk bagi menyokong tindakan kecemasan, pemantauan dan penyelarasan di peringkat akar umbi. Perkara ini juga selaras dengan beberapa Petunjuk Prestasi Utama PMKK yang telah diperkenalkan pada tahun 2024, khususnya KPI 3, iaitu "Peratus aduan penduduk kampung diambil tindakan", dan KPI 4, iaitu "Peratus penduduk mukim atau kampung yang dipeduli, dikelinga dan ditangani". Kedua-dua KPI ini antara lain bertujuan memastikan kesejahteraan penduduk di setiap mukim dan kampung terus diberi perhatian serta ditangani secara lebih responsif di bawah tanggungjawab Penghulu Mukim dan Ketua Kampung masing-masing.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.