Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL226
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan langkah yang sedang dipertimbangkan di bawah undang-undang buruh untuk melindungi pekerja sektor swasta daripada buli di tempat kerja, termasuk takrif yang jelas, saluran aduan sulit, perlindungan daripada tindakan balas, tanggungjawab majikan dan tatacara penyiasatan yang adil bagi salah laku serius di tempat kerja.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Akta Pekerjaan (Penggal 278) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Buruh, yang mana sekarang telah dikenali sebagai Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan, menyediakan perlindungan terhadap hak dan kebajikan pekerja dari segi terma dan syarat pekerjaan, termasuk kontrak perkhidmatan, pembayaran gaji, waktu bekerja, kerja lebih masa, cuti dan sebagainya.
Sebarang aduan mengenai pelanggaran kontrak perkhidmatan atau peruntukan di bawah Akta berkenaan boleh dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan melalui kaunter perkhidmatan, e-mel led@buruh.gov.bn dan talian hotline: 7298989 (WhatsApp) / 2381848 (waktu bekerja sahaja). Setiap aduan akan diteliti berdasarkan fakta kes, bidang kuasa Jabatan serta peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa. Maklumat pengadu juga akan dikendalikan secara sulit setakat yang dibenarkan, tertakluk kepada keperluan penelitian, penyiasatan dan prosiding kes. Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan juga akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan pekerja serta pematuhan majikan terhadap undang-undang pekerjaan sentiasa terpelihara.
Sekiranya perbuatan yang diadukan mempunyai unsur jenayah, seperti ancaman, serangan fizikal, penggunaan kekerasan, intimidasi, gangguan berunsur seksual atau perbuatan lain yang menyalahi undang-undang, pekerja berkenaan boleh dan hendaklah membuat laporan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei. Perkara tersebut seterusnya akan disiasat di bawah Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.