Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-110826-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL288

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat

YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan apakah langkah penguatkuasaan siber lebih agresif untuk menyekat lambakan iklan rumah murah oleh kontraktor tidak berdaftar di media sosial yang menjadi ancaman scam terhadap pembeli rumah pertama? Berapakah kes penipuan hartanah berjaya didakwa di mahkamah?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Pengiklanan melalui media sosial pada masa ini membolehkan sesuatu perkhidmatan ditawarkan dengan mudah dan meluas kepada orang ramai, termasuk tawaran membina rumah pada harga yang sangat rendah. Walau bagaimanapun, harga yang murah semata-mata tidak semestinya menunjukkan berlakunya penipuan. Risiko timbul apabila perkhidmatan ditawarkan oleh pihak yang tidak berdaftar, memberikan maklumat yang mengelirukan, mengambil bayaran tanpa melaksanakan kerja seperti dipersetujui, atau terdapat unsur-unsur penipuan yang lain.

Berdasarkan rekod Kementerian ini menerusi Divisyen Pengurusan Lembaga (BMD), terdapat 4 laporan berkaitan pemasaran dan penjualan harta tanah dilakukan oleh individu yang tidak berdaftar di bawah Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA). Kesemua 4 kes ini masih dalam siasatan aktif oleh Pasukan Polis Diraja Brunei bagi melengkapkan bukti yang kukuh sebelum dapat dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.

Dalam pada itu, pihak ABCi juga telah mengenal pasti seramai empat (4) orang pemaju yang giat mempamerkan iklan bagi menarik pembelian rumah, yang melibatkan 50 buah projek dengan sejumlah 131 unit rumah keseluruhan, didapati telah gagal siap mengikut tempoh seperti di dalam perjanjian. Perkara ini melibatkan isu kontraktual dan Kementerian sedang meneliti satu usaha jika dapat supaya syarikat pemaju/kontraktor yang sering dibuat aduan kerana gagal menyiapkan rumah pelanggan sehingga terlalu lama untuk disenaraikan bagi rujukan dan maklumat orang ramai.

Dalam pada itu jua, setakat ini terdapat 27 syarikat yang dikenal pasti telah mengiklankan diri mereka sebagai Pembina di mana 20 darinya adalah syarikat yang tidak berdaftar sebagai Pembina.

Sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan, termasuk pengenaan kompaun atau pendakwaan, dapat dipertimbangkan, penelitian dan siasatan lanjut perlu dilaksanakan bagi mengesahkan jenis aktiviti pembinaan yang dijalankan, skop kerja serta projek-projek yang telah atau sedang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan.

Syarikat-syarikat yang dikenal pasti akan dipanggil untuk memberikan maklumat dan penjelasan lanjut secara bersemuka melalui pelaksanaan kuasa di bawah Seksyen 66, Akta Kawalan Bangunan, Penggal 256. Berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi, tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian akan dipertimbangkan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Ingin menasihatkan orang ramai khususnya pembeli rumah untuk menyemak senarai ejen dan penilai harta tanah yang sah berdaftar di laman sesawang rasmi www.bovea.gov.bn. Dalam pada itu, orang ramai juga melayari laman sesawang ABCi bagi senarai syarikat yang mempunyai lesen pembina yang sah.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.