Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL204

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada semua pusat rawatan terapi alternatif seperti electric therapy, beauty treatment, dental services, dengan pelbagai dakwaan kesihatan, diwajibkan berdaftar dan dikendalikan pengamal bertauliah, serta apakah langkah kawal selia melindungi pengguna, khususnya warga emas, daripada dakwaan mengelirukan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Pengawalseliaan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan

Kemudahan dan perkhidmatan kesihatan di Negara Brunei Darussalam termasuk klinik perubatan, klinik pergigian, perkhidmatan radiologi, makmal klinikal serta perkhidmatan lain yang tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan adalah dikawal selia mengikut peruntukan undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa pada masa ini.

Bagi pusat terapi alternatif, rawatan kecantikan (beauty treatment) dan perkhidmatan lain yang membuat dakwaan berkaitan manfaat kesihatan, tahap kawal selia adalah bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Sekiranya perkhidmatan yang diberikan melibatkan amalan perubatan atau pergigian, ia hendaklah dikendalikan oleh pengamal yang berkelayakan dan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan.

Sebarang individu atau premis yang menjalankan amalan perubatan atau pergigian tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Dalam mengukuhkan lagi pengawalseliaan institusi-institusi kesihatan swasta, Kementerian Kesihatan telah menggubal draf rang undang-undang Private Healthcare Institutions Order beserta peraturannya yang telah dihadapkan ke Pejabat Peguam Negara bagi penelitian lanjut. Dengan adanya undang-undang ini nanti, semua institusi kesihatan swasta akan dimandatorikan untuk didaftarkan dan dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan.

Pengawalseliaan perkhidmatan pergigian

Bagi perkhidmatan pergigian, rawatan seperti pendakap gigi (braces), venir gigi (veneer) dan pemutihan gigi (tooth whitening) hanya boleh diberikan oleh doktor pergigian yang berkelayakan dan berdaftar dengan Lembaga Perubatan Brunei. Semua perkhidmatan pergigian juga hendaklah dijalankan di klinik pergigian yang berdaftar dan dikendalikan oleh doktor pergigian yang berdaftar.

Amalan pergigian yang tidak sah boleh menjejaskan keselamatan pesakit dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada gigi dan gusi. Peralatan yang tidak dibersihkan dengan kaedah pensterilan yang betul juga boleh meningkatkan risiko orang ramai terdedah kepada jangkitan seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Pergigian akan menyiasat sebarang aduan berkaitan amalan pergigian yang tidak sah dan mengambil tindakan yang bersesuaian di bawah peraturan dan perundangan menurut Akta Pengamal Perubatan dan Doktor Gigi, Penggal 112, Bahagian 25.

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Farmasi dan Jabatan Perkhidmatan Pergigian juga telah menjalankan pemeriksaan bersama dan tindakan yang sewajarnya telah diambil ke atas dua buah premis Establismen Kecantikan dan Kesihatan yang didapati memiliki dan menawarkan perkhidmatan tooth whitening kepada orang ramai.

Perlindungan pengguna khususnya warga emas

Kementerian Kesihatan memandang serius isu dakwaan kesihatan yang mengelirukan, khususnya yang menyasarkan golongan warga emas dan pengguna yang mudah terdedah. Pemantauan terhadap aduan orang ramai, pemeriksaan ke atas premis berkaitan serta tindakan penguatkuasaan dilaksanakan apabila terdapat pelanggaran undang-undang dan/atau yang mengiklan mahupun membuat "health claims".

Pusat Promosi Kesihatan dan perkhidmatan yang relevan termasuk pergigian dan geriatrik sentiasa bekerjasama dengan Pusat Kegiatan Warga Emas di seluruh daerah dan Pertubuhan WARGAMAS melalui Program Kesihatan Warga Emas bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga emas mengenai penjagaan dan rawatan kesihatan yang bersesuaian.

Beberapa sesi taklimat turut diadakan bersama ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas dengan kerjasama jabatan dan bahagian serta Pegawai Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan bagi memastikan maklumat kesihatan yang diberikan kepada warga emas adalah tepat dalam menangani isu misinformation.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan terus mempertingkatkan usaha penyampaian maklumat kesihatan yang sahih dan berasaskan bukti kepada masyarakat, khususnya warga emas, melalui pelbagai platform komunikasi serta kerjasama bersama agensi dan komuniti, bagi memastikan lebih ramai orang mendapat akses kepada maklumat yang tepat dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan kesihatan yang mengelirukan, termasuk yang disebarkan melalui media sosial dan WhatsApp.

Warga emas sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada pengamal berdaftar serta melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada Kementerian Kesihatan atau melalui Talian Darussalam 123.

Orang ramai juga diseru supaya sentiasa berwaspada terhadap perkhidmatan pergigian yang dipromosikan melalui media sosial dan mendapatkan nasihat daripada doktor pergigian yang berdaftar sebelum menjalani sebarang prosedur pergigian.

Kementerian Kesihatan akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dan perlindungan pengguna dapat dilaksanakan secara bersepadu.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.