Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL231
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan sama ada Kerajaan akan menetapkan kriteria lokasi, kepadatan dan keperluan masyarakat setempat bagi permohonan baharu kedai serbaneka, khususnya di kawasan yang telah mempunyai beberapa buah kedai seumpamanya dalam jarak berdekatan.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Kriteria lokasi, kepadatan dan keperluan masyarakat setempat adalah merupakan antara kriteria yang telah digunakan oleh pihak Kementerian Pembangunan pada masa ini dalam menilai permohonan sama ada Tukar Syarat Tanah atau Kebenaran Perancangan bagi kedai serbaneka, di mana dasar perancangan guna tanah utama yang dirujuk adalah Dasar Pembangunan Komuniti Bandar yang Mampan (Creating Sustainable Urban Communities Policy) yang terkandung dalam Pelan Induk Guna Tanah dan Pelan Pembangunan Peringkat Daerah. Dasar ini bertujuan untuk mengawal penempatan kegiatan perniagaan dalam menyokong keperluan komuniti dan pertumbuhan ekonomi setempat pada skala serta lokasi yang bersesuaian. Selain itu, ianya bertujuan untuk meningkatkan efficiency penggunaan tanah optima dengan mengarahkan kegiatan perniagaan ke kawasan yang sesuai, di samping mengelakkan perkembangan secara ad hoc yang boleh menjejaskan fungsi kawasan, keselesaan persekitaran kediaman (residential amenity), kapasiti infrastruktur dan alam sekitar.
Dalam menyelaraskan pelaksanaan dasar ini di peringkat permohonan Kebenaran Perancangan, Garis Panduan dan Piawaian Perancangan bagi Kemajuan Perniagaan serta Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Suplementari Kepadatan adalah merupakan dokumen lain yang juga turut dirujuk. Antara perkara yang dinilai termasuk kesesuaian lokasi, keserasian dengan guna tanah sekeliling, kapasiti infrastruktur, akses dan impak terhadap persekitaran serta komuniti setempat. Ini termasuklah meneliti taburan kemajuan komersial sedia ada bagi mengelakkan tumpuan aktiviti yang berlebihan di sesuatu kawasan dan bagi memastikan penyediaan kemudahan komersial adalah lebih seimbang serta memenuhi keperluan masyarakat setempat. Pendekatan ini bukan bertujuan untuk menghadkan persaingan perniagaan, sebaliknya memastikan pembangunan kawasan komersial dirancang secara lebih teratur, mampan dan dapat menyokong keperluan masyarakat setempat dalam jangka panjang.
Penilaian lain yang juga turut diambil kira adalah penetapan kepadatan mengikut Urban Structure Model yang menggariskan antara lain hierarki pembangunan seperti Pusat Bandar dan kawasan luar bandar. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan jenis dan intensiti aktiviti komersial adalah selaras dengan fungsi sesuatu kawasan serta saiz populasi yang disokong. Sebagai contoh, kawasan yang berfungsi sebagai Pusat Bandar yang mempunyai kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi yang lebih tinggi, di mana lazimnya mempunyai kapasiti untuk menampung lebih banyak premis perniagaan, termasuk kedai serbaneka. Sebaliknya, di kawasan luar bandar yang lebih kecil atau berkepadatan rendah, pertimbangan akan diberikan terhadap keperluan sebenar penduduk, kapasiti pasaran, kesan kepada aliran trafik dan kesesuaian pembangunan bagi mengelakkan pertumpuan premis yang berlebihan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.