Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-100826-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL311

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan untuk mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dan perubahan iklim secara lebih menyeluruh ke dalam kurikulum pendidikan negara bagi melahirkan generasi yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan berpengetahuan mengenai kelestarian alam sekitar?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Untuk makluman, usaha mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dan perubahan iklim sememangnya sudah dan sedang dilaksanakan secara berperingkat melalui Pelan Pendidikan Hijau Kementerian Pendidikan 2025–2035 atau Greening Education Plan. Pelan ini menjadi panduan strategik bagi menerapkan pendidikan kelestarian dan amalan hijau dalam keseluruhan ekosistem pendidikan, daripada peringkat sekolah hingga pengajian tinggi, selaras dengan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan Mampan.

Di peringkat sekolah, elemen alam sekitar dan perubahan iklim telah diterapkan secara berperingkat melalui mata pelajaran Science, Social Studies dan Geography. Pada peringkat rendah, pelajar diperkenalkan kepada kebersihan persekitaran, kitar semula dan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Di peringkat menengah, pembelajaran diperluas kepada penjimatan air, sumber tenaga alternatif, pengurusan alam sekitar, pencemaran, pemanasan global serta langkah mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim.

Pembelajaran dalam bilik darjah turut diperkukuh melalui aktiviti kokurikulum dan pembelajaran berasaskan projek yang dikendalikan oleh Pusat STEP dengan kerjasama agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan. Antaranya termasuk Green-Schools Initiatives, STEAM Outreach, Students in STEAM, Recognize, Research, Establish, Apply, Learning (R.E.A.L) dan Green School Gardening. Program-program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan melalui penyelidikan, inovasi, perkebunan moden dan penyelesaian masalah sebenar berkaitan kelestarian.

Dalam pada itu, Jabatan Peperiksaan turut memperkenalkan penawaran mata pelajaran IGCSE Environmental Management, IGCSE Marine Science dan IGCSE Geography di bawah kurikulum Cambridge International, yang kini diambil oleh sebilangan sekolah di negara ini.

Mata pelajaran-mata pelajaran ini memberi pendedahan langsung kepada pelajar mengenai isu-isu alam sekitar semasa, termasuk pengurusan sumber asli, kepelbagaian biologi, ekosistem marin, pencemaran, pengurusan bencana alam, corak dan proses fizikal bumi, serta kesan dan adaptasi terhadap perubahan iklim. Ini selaras dengan konteks Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber hutan hujan tropika dan kawasan pesisir pantai.

Penawaran mata pelajaran ini merupakan salah satu langkah konkrit Kementerian dalam melahirkan generasi pelajar yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan berpengetahuan mengenai kelestarian alam sekitar.

Di peringkat pengajian tinggi dan pendidikan teknikal, penerapan kelestarian juga sedang diperkukuh. Universiti Brunei Darussalam telah memperkenalkan modul wajib Introduction to Sustainability kepada semua pelajar tahun pertama dan menerapkan atribut graduan Sustainable Thinkers. Pelajar turut menjalankan penyelidikan dan membangunkan penyelesaian praktikal melalui inisiatif Sustainability Living Lab.

Mulai Tahun Akademik 2026/2027, Politeknik Brunei pula memperkenalkan modul teras Green and Digital Literacy for Sustainability kepada semua pelajar bagi memastikan setiap graduan mempunyai literasi asas mengenai kelestarian dan perubahan iklim. Di samping itu, pelajar Politeknik Brunei dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei telah mengikuti latihan industri dalam bidang tenaga solar melalui inisiatif Skills and Capacity for Alternative Low Carbon Energy atau SCALE, dengan kerjasama Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan Pelan Pendidikan Hijau, institusi pendidikan juga digalakkan menjadi ruang pembelajaran praktikal atau living laboratory melalui pengurusan tenaga, air dan sisa secara mampan. Sebagai langkah awal, inisiatif perintis pengurusan tenaga di sekolah-sekolah mula dilaksanakan pada tahun 2026 dengan melibatkan audit tenaga serta latihan kepada guru dan pelajar.

Dalam pelaksanaan seterusnya, Kementerian Pendidikan akan terus memperkukuh pemetaan elemen kelestarian dalam kurikulum dan hasil pembelajaran, meningkatkan pembangunan profesional guru dan tenaga pengajar, serta memperluas pembelajaran berasaskan projek, komuniti dan industri.

Matlamat Kementerian bukan sekadar untuk menambah pengetahuan mengenai alam sekitar, tetapi untuk membentuk nilai, amalan dan kemahiran hijau. Dengan pendekatan menyeluruh ini, para pelajar dihasratkan bukan sahaja memahami isu perubahan iklim, tetapi turut mampu mengambil tindakan secara bertanggungjawab dan menjadi peneraju kelestarian negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.