Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-080826-Hari-Keempat.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL240

SOALAN

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin meminta Menteri Hal Ehwal Ugama menyatakan adakah kajian dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai jemaah umrah Brunei yang menggunakan penerbangan asing dari negara jiran berbanding RB dari negara sendiri, bagi memastikan nilai lesen umrah turut memberi manfaat kepada pendapatan ekonomi negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Setakat ini Kementerian Hal Ehwal Ugama belum membuat kajian ekonomi khusus yang membandingkan penggunaan penerbangan asing dari negara jiran dengan penggunaan RB dari Negara Brunei Darussalam.

Walau bagaimanapun, Jabatan Urusan Haji sebenarnya ada menerima maklumat perjalanan secara rutin daripada syarikat pengendali tempatan yang diberikan kebenaran mengendalikan pakej umrah. Maklumat tersebut termasuk senarai nama jemaah, aturcara perjalanan dan syarikat penerbangan yang digunakan.

Tujuan utama pengumpulan maklumat tersebut adalah untuk menjaga keselamatan dan kebajikan jemaah serta membolehkan bantuan diselaraskan berdasarkan rekod yang tepat sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci. Oleh itu, data berkenaan merupakan rekod pentadbiran dan operasi, dan bukan data yang secara khusus dikumpulkan bagi mengukur kesan atau sumbangan ekonomi.

Perlu juga dijelaskan bahawa rekod Jabatan Urusan Haji hanya meliputi jemaah yang menggunakan perkhidmatan syarikat pengendali umrah tempatan yang diberikan kebenaran. Ia tidak termasuk individu atau kumpulan yang mengatur perjalanan secara persendirian tanpa menggunakan mana-mana syarikat pengendali umrah tempatan.

Oleh yang demikian, perangkaan yang tersedia belum dapat dianggap sebagai gambaran menyeluruh mengenai semua jemaah umrah Brunei atau dijadikan asas muktamad bagi menilai kesannya kepada ekonomi negara. Namun demikian, dalam skop rekod yang tersedia bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, seramai 1,622 orang jemaah umrah direkodkan melalui 36 buah syarikat pengendali tempatan yang diberikan kebenaran.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,577 orang atau 97.2 peratus menggunakan perkhidmatan RB. Ini terdiri daripada 1,083 orang yang menggunakan penerbangan terus dari Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi dan 494 orang yang melalui transit di negara ketiga. Manakala 45 orang atau 2.8 peratus menggunakan penerbangan asing melalui Miri, Sarawak.

Perangkaan ini menunjukkan bahawa, dalam kalangan jemaah yang menggunakan syarikat pengendali tempatan yang diberikan kebenaran, penggunaan RB adalah sangat tinggi. Walau bagaimanapun, angka tersebut merupakan petunjuk penggunaan syarikat penerbangan dan belum merupakan ukuran mengenai jumlah pendapatan atau nilai ekonomi yang diperoleh negara. Untuk makluman, terdapat dua bentuk kebenaran yang berkaitan:

a. Lesen Ejen Pelancongan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, b. manakala Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memberikan kebenaran khusus untuk mengendalikan perkhidmatan pakej Haji dan Umrah.

Pertimbangan teras Kementerian dalam memberikan kebenaran tersebut ialah keselamatan dan kebajikan jemaah serta pematuhan syarikat pengendali terhadap syarat-syarat yang ditetapkan. Kebenaran kepada syarikat pengendali tempatan sememangnya membuka ruang kepada kegiatan perniagaan dan penyediaan perkhidmatan dalam negara. Walau bagaimanapun, nilai sebenar sumbangannya kepada ekonomi negara, termasuk komponen tambang penerbangan, belum dihitung melalui suatu kajian yang menyeluruh.

Pemilihan syarikat penerbangan pula dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk harga pakej, ketersediaan tempat duduk dan kesesuaian atur cara perjalanan. Oleh itu, manfaat ekonomi industri umrah tidak dapat diukur berdasarkan syarikat penerbangan yang digunakan sahaja, tetapi perlu mengambil kira keseluruhan rantaian perkhidmatan dan bahagian perbelanjaan yang benar-benar kekal dalam ekonomi Negara Brunei Darussalam.

Sekiranya manfaat ekonomi industri umrah hendak dinilai secara lebih menyeluruh, ia memerlukan data yang lebih lengkap serta penyelarasan bersama Jabatan Kemajuan Pelancongan, RB dan agensi-agensi berkepentingan dalam bidang ekonomi dan pengangkutan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.