Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-100826-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL264

SOALAN

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin

YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah kementerian bagi mengatasi masalah capaian internet yang lemah di sekolah? Selain itu, apakah bantuan peranti dan sokongan kepada murid daripada keluarga kurang berkemampuan bagi memastikan semua pelajar mendapat akses pembelajaran digital secara adil tanpa tercicir?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Izinkan saya membahagikan jawapan kepada dua bahagian.

Pertama, mengenai capaian internet di sekolah.

Bagi menangani isu capaian internet yang lemah di sekolah, Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan dua inisiatif utama yang saling melengkapi.

Inisiatif pertama ialah Projek National Education Network atau NEN yang bertujuan meningkatkan prestasi dan kestabilan sambungan internet ke sekolah. Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan telah disambungkan kepada NEN dengan kapasiti jalur lebar minimum 100 Mbps. Ini menyediakan asas sambungan internet yang lebih stabil untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran digital.

Inisiatif kedua ialah Projek Menaik Taraf Infrastruktur Rangkaian Sekolah. Pada masa ini, liputan rangkaian dan Wi-Fi di sekolah-sekolah yang belum dinaik taraf masih tertumpu di kawasan tertentu seperti makmal komputer, perpustakaan dan bilik guru. Melalui projek ini, setiap sekolah yang dinaik taraf akan mendapat liputan rangkaian dan Wi-Fi di seluruh kawasan sekolah, termasuk bilik darjah serta ruang pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaannya dibuat secara berfasa mengikut kumpulan sekolah, dengan fasa pertama melibatkan sembilan buah sekolah menengah yang telah selesai pada Februari 2026, manakala fasa kedua yang melibatkan 25 buah sekolah menengah dan 90 buah sekolah rendah dijadualkan pada tahun 2027.

Sementara penaiktarafan dilaksanakan secara berfasa, Kementerian Pendidikan terus memantau prestasi rangkaian dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menangani gangguan serta masalah teknikal berdasarkan keperluan dan tahap keutamaan sekolah.

Kedua, mengenai bantuan peranti kepada murid daripada keluarga kurang berkemampuan.

Melalui Program Bantuan Khas Peranti yang mula dilaksanakan pada tahun 2022, Kementerian Pendidikan menyediakan kemudahan pinjaman komputer riba kepada murid daripada keluarga kurang berkemampuan yang memerlukan peranti bagi mengikuti pembelajaran digital di sekolah dan di rumah.

Komputer riba berkenaan merupakan aset Kementerian Pendidikan. Kemudahan pinjaman ini terus diurus dan diselaraskan oleh pihak sekolah agar peranti berkenaan dapat dimanfaatkan oleh murid yang memerlukan.

Selain inisiatif tersebut, Program BIBD ALAF turut menyediakan bantuan peranti kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, khususnya dalam kalangan asnaf, bagi menyokong pembelajaran digital mereka.

Secara keseluruhannya, Kementerian Pendidikan akan terus menaik taraf infrastruktur rangkaian secara berfasa serta menyediakan bantuan peranti secara bersasaran bagi memastikan murid daripada keluarga kurang berkemampuan tidak tercicir daripada pembelajaran digital.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.