Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL303
SOALAN
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan pengambilan ubat bagi pesakit yang menjalani rawatan susulan, adakah pesakit diwajibkan mengambil ubat hanya di Pusat Kesihatan mengikut Kawasan tadahan masing-masing atau dibolehkan mengambil dimana-mana Pusat Kesihatan atau Hospital yang lebih mudah di akses?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Pesakit tidak dimestikan mengambil ubat hanya di Pusat Kesihatan mengikut kawasan tadahan masing-masing.
Secara amnya, pesakit boleh memilih untuk mengambil ubat mereka, termasuk ubat-ubatan susulan bulanan, di mana-mana hospital atau pusat kesihatan kerajaan yang lebih mudah dan sesuai bagi mereka.
Bagi meningkatkan lagi kemudahan kepada pesakit, Kementerian Kesihatan turut menyediakan beberapa perkhidmatan farmasi nilai tambah, antaranya:
- Perkhidmatan Easy Collect;
- Perkhidmatan Autorefill; dan
- Perkhidmatan penghantaran ubat melalui syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini diperkenalkan bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat secara lebih fleksibel, mengurangkan keperluan menunggu di kaunter farmasi serta meningkatkan kesinambungan rawatan.
Bagi sesetengah ubat khusus yang dipreskripsikan oleh klinik pakar, stok lazimnya disimpan di hospital tertentu kerana melibatkan penggunaan yang terhad. Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit ingin mengambil ubat tersebut di pusat kesihatan pilihan mereka, pihak farmasi akan menyelaras penyediaan stok di fasiliti berkenaan.
Kementerian Kesihatan juga mengadakan sesi perbincangan/ taklimat bersama para Pegawai Perubatan mengenai Good Prescribing Practice dalam sistem BruHIMS dengan objektif untuk memperbaiki proses mempreskrib ubat-ubatan pesakit untuk mengurangkan kekeliruan dalam preskripsi pesakit.
Sebagai kontingensi, Ahli Kimia Ubat atau Tukang Ubat dari bahagian perkhidmatan farmasi lain, seperti Farmasi Pesakit Dalam Wad atau Divisyen Regulatori Farmasi akan diperbantukan ke farmasi yang memerlukan bantuan bagi menambah baik masa menunggu mengambil ubat, jika diperlukan.
Matlamat Kementerian Kesihatan adalah untuk memastikan setiap pesakit mendapat akses kepada ubat-ubatan yang diperlukan dengan mudah, selamat dan berterusan melalui penyampaian perkhidmatan farmasi yang lebih fleksibel, tanpa menjejaskan kualiti penjagaan serta keselamatan penggunaan ubat.
Kementerian Kesihatan akan terus memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan farmasi yang lebih fleksibel, mudah diakses dan berpusatkan pesakit, bagi memastikan setiap pesakit mendapat bekalan ubat yang diperlukan secara selamat, berterusan dan berkualiti.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.