Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL209

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan bilakah Kementerian merangka National Cold-Chain Strategy menyeluruh, termasuk agensi peneraju, model pembiayaan dan garis masa pelaksanaan berfasa sehingga 2030 selaras Wawasan Brunei 2035? Memandangkan kerugian pasca-tuai hasil pertanian masih berlaku dan kemudahan cold-chain kekal ad hoc.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Bagi memastikan pertumbuhan sektor makanan yang berterusan serta memperkukuh sekuriti makanan negara, Kementerian sedang melaksanakan strategi yang komprehensif bagi menjamin mutu pengeluaran makanan di negara ini. Ia merangkumi keseluruhan rantaian nilai ekosistem sektor makanan daripada bekalan bahan input hingga ke peringkat pengguna. Kementerian menyedari bahawa pengurusan pasca tuai merupakan faktor kritikal bagi meminimumkan kerugian hasil, memelihara kualiti barangan makanan, serta menjamin ketahanan rantaian bekalan tempatan.

Di samping itu juga, perkembangan industri makanan banyak bergantung kepada kebolehan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana untuk bukan sahaja di pasaran tempatan malah menembusi pasaran antarabangsa. Bagi eksport dapat dilaksanakan, ianya memerlukan cold-chain kebangsaan yang kukuh dan kompetitif. Di bawah Maritime Trade, Logistics and Services Roadmap dan Food Industry Roadmap telahpun mengenal pasti komponen cold-chain dan post harvest adalah sangat kritikal.

Setelah dibuat kajian, pihak Kementerian telahpun mengenal pasti jurang yang ada menyebabkan kepincangan dalam national cold-chain untuk membantu pihak swasta dalam mengembangkan industri makanan di negara ini.

Antara inisiatif untuk mengukuhkan dan mengurangkan jurang national cold-chain adalah seperti:

Pertama, menggalakkan pelabur langsung asing (FDI) dalam sektor makanan yang dapat menyediakan keseluruhan nilai rantaian (whole value chain) termasuk cold chain. Setakat ini beberapa syarikat pelaburan langsung asing (FDI) yang menyediakan perkhidmatan cold chain telah beroperasi termasuk:

  • APACCOLD International Supply Chain Sdn Bhd kini beroperasi dari sebuah fasiliti sewaan swasta di Salambigar dan menyediakan perkhidmatan penyimpanan sejuk serta pengendalian kepada PMKS tempatan.
  • Kemudahan penyimpanan sejuk Muara International Fish Landing (MIFL) di Serasa pula kini dikendalikan sendiri oleh MIFL, manakala perkhidmatan berkaitan sedang dalam proses tender.

Keperluan cold chain berkenaan juga diberikan perhatian melalui cadangan projek Brunei–Singapore Agri-Tech Food Zone dalam usaha membangun kluster agri-makanan bernilai tinggi dan sebuah hab eksport makanan secara komersial. Ketika ini, satu kajian kebolehlaksanaan bagi inisiatif di atas sedang dilaksanakan, dengan meneliti keperluan pemprosesan, pembungkusan, logistik cold chain, pelepasan kastam, perkhidmatan bersama dan saluran pengedaran yang cekap. Cold chain strategy ini akan menjadi elemen kritikal dalam pembangunan Agri-Tech Food Zone di masa hadapan.

Inisiatif Kedua, meningkatkan infrastruktur cold-chain di tempat-tempat kritikal seperti lapangan terbang / pelabuhan dan juga dengan melibatkan pelaburan GLC / sektor swasta sebagai contoh Brunei International Airport Cargo Centre (BIACC), Muara Port Company (MPC), Muara International Fish Landing (MIFL) dan Insya Allah, Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Hasil Pertanian di KKP Mulaut, termasuk menyediakan fasiliti cold-chain sehingga penghantaran (delivery) ke pasaraya, kedai runcit dan pasar.

Dengan adanya fasiliti di kawasan strategik akan membolehkan rangkaian sejuk (cold chain) untuk tidak terputus dari peringkat pengeluaran, pemprosesan, penghantaran, penyimpanan dan pengeksportan makanan dengan lebih selamat.

Ketiga, selain itu, di bawah Majlis Standard dan Akreditasi Brunei Darussalam (PSABD) dan diterajui oleh Autoriti Makanan Brunei Darussalam (BDFA), draf Standard Rantaian Sejuk kini berada di fasa akhir dan dijangka dibukakan untuk konsultasi awam (public comment) pada September 2026. Berpandukan Kod Amalan Kebersihan bagi Pengangkutan Makanan dalam Pukal dan Makanan Separa Berbungkus (CXC 47-2001), standard ini menggariskan kawalan suhu serta amalan terbaik merangkumi pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, hingga pengedaran komoditi makanan secara berskala pukal mahupun separa pukal.

Sebagai kesimpulan, pihak Kementerian dengan kerjasama pelabur-pelabur luar negeri dan tempatan telah berusaha dalam mengukuhkan lagi national cold-chain demi untuk mendukung perkembangan sektor makanan. Satu teknologi penyejukan dari Republik Rakyat China telahpun diperkenalkan untuk dibawakan ke Negara ini bagi memanjangkan shelf-life produk-produk segar, termasuk ayam segar. Dengan adanya teknologi ini, akan membolehkan produk-produk segar dieksport melalui laut dan seterusnya mengurangkan kos logistik di Negara ini serta memberikan daya saing kepada produk-produk hasil Negara ini berbanding produk-produk negara lain.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.