Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL211
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI KEWANGAN II menyatakan apakah mekanisme penilaian dan petunjuk prestasi yang digunakan Kementerian bagi memastikan ia benar-benar meningkatkan kecekapan, disiplin fiskal, tadbir urus dan akauntabiliti kewangan, berbanding penstrukturan semula organisasi secara biasa, memandangkan pengkorporatan merupakan antara pendekatan pembaharuan sektor awam?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kewangan II
Setiap projek pengkorporatan di bawah Darussalam Assets Sendirian Berhad dinilai berdasarkan beberapa petunjuk prestasi utama (Key Performance Indicators - KPI). Antaralainnya adalah sumbangan kepada Kerajaan melalui pembayaran cukai korporat, peningkatan kecekapan operasi dan pengurangan beban perbelanjaan kepada pihak Kerajaan.
Sukacita dikongsikan beberapa pencapaian pengkorporatan yang diraih oleh GLCs di bawah Kumpulan Syarikat Darussalam Assets di mana peningkatan kecekapan telah dilaksanakan yang memanfaatkan rakyat dan seterusnya meringankan perbelanjaan Kerajaan seperti berikut:
Muara Port Company Sdn Bhd ("MPC") telah berjaya meningkatkan kecekapan operasi Pelabuhan Muara melalui peningkatan jumlah pengendalian kargo konvensional daripada purata 643 ribu tan metrik pada tahun 2016 kepada purata 1.2 juta tan metrik pada tahun 2025. Di samping itu, bilangan destinasi perkapalan turut meningkat daripada 8 destinasi sebelum pengkorporatan kepada 12 destinasi pada masa ini, sekali gus meningkatkan maritime connectivity Negara Brunei Darussalam. Syarikat ini juga telah meningkatkan tenaga kerja daripada 88 orang kepada 303 orang, di mana 96% terdiri daripada rakyat dan penduduk tempatan.
Kementerian Kewangan melalui MPC juga sedang giat menjalankan Projek Muara Port Expansion yang merangkumi kerja-kerja menaik taraf dan memperluaskan kedua-dua terminal kontena dan terminal konvensional dimana projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2027. Projek ini meliputi peningkatan kapasiti terminal kontena daripada 220,000 TEUs kepada 500,000 TEUs.
Selain itu, pembangunan Port Trade Zone seluas 3.62 hektar akan memudah cara aktiviti pengimportan, pengeluaran, pembungkusan semula dan pengeksportan, sekali gus meningkatkan kecekapan serta daya saing Pelabuhan Muara.
Bagi Wasan Milling Company Sdn Bhd ("WMC"), jumlah pengeluaran beras tahunan telah meningkat sebanyak 15% daripada 2,215 tan metrik pada tahun kewangan 2024/2025 kepada 2,546 tan metrik pada tahun kewangan 2025/2026. Pada masa yang sama, pengkorporatan telah mengurangkan beban kewangan Kerajaan, memandangkan kos operasi bersih yang sebelum ini dianggarkan sekitar BND7.6 juta setahun kini digantikan dengan pembayaran caj perkhidmatan berjumlah BND1.32 juta bagi tahun kewangan 2025/2026.
Seterusnya bagi Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd telah memenuhi kesemua Service Level Requirements atau KPI yang ditetapkan oleh Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam, termasuk mencapai 100% ketersediaan perkhidmatan serta prestasi perkhidmatan pemanduan dan penundaan kapal yang melebihi sasaran yang ditetapkan.
Manakala bagi Print Plus Sdn Bhd, syarikat ini telah mencapai kemampuan kewangan dengan merekodkan hasil pendapatan sebanyak BND2.72 juta bagi tahun kewangan 2025/2026 dan mula menyumbang kepada hasil Kerajaan melalui pembayaran cukai pendapatan korporat. Pada masa yang sama, kecekapan operasi turut meningkat melalui pengurangan machine downtime daripada 17% kepada 9%, penurunan kadar pembaziran percetakan daripada 17% kepada 3%, serta peningkatan skor kepuasan pelanggan kepada 94%.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.