Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL253
SOALAN
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
YANG BERHORMAT AWANG ABDUL AZIZ BIN HAJI HAMDAN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan langkah dan mekanisme yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengawal kualiti serta keselamatan bahan dan barangan binaan yang diimport dan digunakan di Brunei Darussalam? Adakah terdapat piawaian atau pemeriksaan berkala untuk memastikan produk yang dijual adalah berkualiti, selamat digunakan dan tidak mendatangkan risiko kepada pengguna?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Kementerian Pembangunan melalui Jawatankuasa Pendaftaran Pengimport Bahan Asas Pembinaan mengawal bahan-bahan asas binaan iaitu Batu, Pasir, Batu-Bata Merah dan Simen. Untuk makluman, syarikat Pengimport yang berhasrat untuk membawa masuk bahan-bahan Asas berkenaan ke Negara Brunei Darussalam dikehendaki untuk memohon kebenaran Permit Import melalui sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW). Bahan-bahan Asas binaan tersebut hendaklah mempunyai laporan ujian terkini dari makmal yang diiktiraf oleh Badan Pengiktirafan Asia Pacific Accreditation Cooperation (APAC) dan setelah tiba di Negara Brunei Darussalam, pemeriksaan berkala melalui program penilaian mutu akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya bagi memastikan bahan-bahan asas binaan tersebut menepati piawaian.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.