Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL236
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan sektor lain seperti hartanah telah dikenal pasti sebagai bidang berpotensi untuk membuka peluang pelaburan baharu, menjana pertumbuhan ekonomi mampan, menyokong kepelbagaian ekonomi negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Sektor hartanah memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan sektor-sektor produktif seperti pelancongan, perdagangan, perkhidmatan dan industri, di samping menyumbang secara langsung kepada aktiviti ekonomi negara. Pembangunan hartanah yang berdaya maju secara komersial dapat menyediakan ruang perniagaan, penginapan, kemudahan komersial dan infrastruktur yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan sektor-sektor tersebut.
Pembangunan tersebut juga berpotensi menarik pelaburan berkualiti, mewujudkan peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan, merangsang aktiviti industri sokongan serta memastikan penggunaan tanah yang lebih produktif.
Walau bagaimanapun, pembangunan sektor hartanah bergantung kepada beberapa faktor utama, termasuk:
- Dasar dan peraturan kerajaan berkaitan pemilikan (ownership), percukaian dan syarat pembangunan;
- Ketersediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air;
- Penyediaan kemudahan kewangan yang kondusif; dan
- Permintaan pasaran serta daya maju komersial yang mencukupi.
Pada masa ini, terdapat cadangan pelaburan, termasuk pembangunan bersepadu berskala lebih besar yang berpotensi merangkumi komponen perniagaan, pelancongan, rekreasi dan kemudahan infrastruktur asas. Cadangan-cadangan tersebut masih di peringkat penilaian Kerajaan, mengambil kira kepada pematuhan terhadap dasar yang ada, syarat perancangan dan keperluan pengawalseliaan sedia ada, di samping itu potensi socio-economic spin-off projek tersebut.
Dalam menilai cadangan tersebut, keutamaan akan diberikan kepada pembangunan yang menyokong sektor-sektor produktif, menarik pelaburan berkualiti, mewujudkan peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan serta memberikan manfaat ekonomi yang jelas dan mampan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.