Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL306
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan strategi dan sasaran kerajaan untuk meningkatkan tahap sara diri negara dalam pengeluaran buah-buahan tempatan melalui penggunaan teknologi pertanian moden, di samping mengurangkan kebergantungan kepada import dan memperkukuhkan keselamatan makanan negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Terdapat 4 strategi yang dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bagi meningkatkan tahap sara diri negara dalam pengeluaran buah-buahan tempatan melalui:
-
Penggunaan teknologi seperti sistem fertigasi, rumah terlindung, pengairan automatik dan amalan pertanian tepat (precision agriculture);
-
Penghasilan benih baharu dan melaksanakan R&D di Stesen Pertanian Birau untuk mengeluarkan benih buah yang bermutu dan bernilai tinggi. Penumpuan pada masa ini ialah bagi mengeluarkan benih buah-buahan tempatan seperti Durian Tembaga, Durian Siunggong, Durian Kuning, pelbagai benih rambutan, duku, manggis dan sebagainya;
-
Bagi menggalakkan lagi lebih ramai pengusaha dalam penanaman buah-buahan di negara ini, kementerian pada masa ini bukan saja menumpukan pada pasaran domestik malah menerokai pasaran antarabangsa / eksport; dan
-
Memberikan skim rintis untuk ladang buah tempatan, sebagai contoh ladang-ladang berkenaan di KKP Merangking telah mula menghasilkan buah-buahan mulai tahun lepas.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.