Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-110826-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL290

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat

YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan memandangkan lambakan flat kosong dan bangunan terbiar di Bandar Seri Begawan kini menjadi tempat berteduh gelandangan serta mengundang isu keselamatan, apakah tindakan perundangan drastik Kementerian ke atas pemilik premis yang tidak bertanggungjawab dan pelan tindakan bersepadu antara Lembaga Bandaran dan JAPEM untuk memantau serta membersihkan kawasan terbiar ini secara berkala bagi memelihara imej ibu negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Tanggungjawab bagi memeduli keadaan bangunan-bangunan persendirian adalah di bawah pemilik atau penghuni bangunan itu sendiri. Mana-mana bangunan yang kosong masih perlu diselenggara dan diawasi oleh pemilik demi keselamatan orang ramai yang mungkin melalui kawasan dan bangunan tersebut.

Kementerian Pembangunan juga telahpun membuat beberapa tindakan ke atas bangunan-bangunan yang terbiar seperti berikut:

Pada tahun 2023, sebuah bangunan Lot 100 Jalan Mc Arthur, Pusat Bandar, Mukim Kianggeh telahpun kosong selama beberapa tahun selepas berlakunya kebakaran. Memandangkan terdapatnya risiko ke atas keadaan struktur bangunan dan beberapa kali kes pencerobohan berlaku ke atas bangunan tersebut, maka ABCi menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 35 (1), Akta Kawalan Bangunan Penggal 256 untuk penutupan dan seterusnya meroboh bangunan bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang ramai yang melalui dan berada di kawasan tersebut.

Untuk makluman jua, kerja-kerja meroboh telah siap dilaksanakan pada 17 Julai 2024 oleh pihak Kerajaan setelah pemilik bangunan gagal melaksanakan perintah tersebut. Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan pemilik bangunan telah dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 35(5) dengan dikenakan denda sebanyak $40,000 ringgit baru-baru ini.

Satu lagi bangunan kosong dan terbiar yang telah diambil tindakan ialah meroboh sebuah bangunan yang mengandungi 5 unit iaitu Lot 144, 145, 146, 147 dan 148 Jalan Pemancha, Bandar Seri Begawan yang mana adalah usahasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kerja-kerja meroboh telahpun siap pada Jun 2023.

Mengenai dengan pelan tindakan, Kementerian juga akan meneruskan penyelarasan bersama Lembaga Bandaran dan agensi-agensi berkaitan melalui pemeriksaan berkala, tindakan penguatkuasaan serta perkongsian maklumat bagi memastikan bangunan dan kawasan terbiar dipantau dengan lebih berkesan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.