Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-030826-Hari-Pertama.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL206

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan right-sizing industri minyak dan gas boleh mengakibatkan talent leakage, apakah mekanisme JPM dan pihak berkuasa industri menilai keperluan pelepasan pekerja tempatan berbanding pengekalan ekspatriat, serta menjejak dan menempatkan semula tenaga mahir tempatan ke sektor strategik?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tidak dinafikan, pengoptimuman operasi dan kos sektor huluan diperlukan bagi mengekalkan daya saing dan kelangsungan pengeluaran daripada aset yang semakin matang, antaranya melalui penyelaraskan skop kerja dan menggabungkan kontrak perkhidmatan.

Dalam konteks ini, perlu difahami bahawa tidak semua tenaga kerja yang meninggalkan industri huluan berbuat demikian akibat right-sizing. Pelepasan tenaga kerja berlaku atas pelbagai faktor, termasuk persaraan awal secara sukarela, pengoptimuman kontrak dan operasi, pengurangan skop kerja serta tamatnya kontrak apabila sesuatu projek atau kontrak perkhidmatan telah tamat.

Unjuran pada awal tahun 2026 menunjukkan pengurangan melibatkan kedua-dua kumpulan pekerja tempatan dan ekspatriat dalam masa dua tahun yang akan datang, iaitu seribu tiga ratus tujuh puluh tujuh (1,377) pekerja tempatan dan seribu dua ratus empat puluh sembilan (1,249) pekerja ekspatriat berpotensi terjejas akibat pengoptimuman kontrak dan operasi.

Oleh itu, pihak Kerajaan bersama pihak industri bekerjasama erat dalam mengutamakan penempatan semula tenaga kerja tempatan.

Daripada lima ratus sembilan puluh enam (596) pekerja tempatan yang terjejas setakat ini yang merangkumi tenaga profesional, teknikal, mahir dan separa mahir, seramai tiga ratus lapan (308) orang atau lima puluh dua (52) peratus telah berjaya ditempatkan semula ke sektor huluan, dan sebahagian kecil ke sektor tenaga elektrik dan sektor-sektor lain melalui beberapa langkah intervensi segera, antaranya:

i. Tujuh sesi HR Connect dari Januari 2026 hingga Julai 2026, yang berjaya menempatkan semula lapan belas (18) pekerja tempatan;

ii. Saringan permit kerja pekerja asing yang diperkukuhkan dan usaha job matching dengan syarikat-syarikat yang mempunyai kekosongan jawatan yang bersesuaian, yang berjaya menempatkan semula seratus lima puluh sembilan (159) pekerja tempatan; dan

iii. Promosi profil pekerja tempatan yang terjejas kepada bakal majikan dan perkongsian maklumat mengenai jawatan kosong di syarikat-syarikat melalui komunikasi secara langsung dengan syarikat-syarikat, telah berjaya menempatkan semula seratus tiga puluh satu (131) pekerja tempatan.

Bagi jangka sederhana dan panjang, usaha turut ditumpukan bagi memastikan tenaga kerja tempatan kekal berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri pada masa hadapan. Antaranya melalui:

i. Pengukuhan pelan penggantian dan pembangunan kompetensi secara berperingkat bagi menyediakan pekerja tempatan untuk mengambil alih jawatan yang masih disandang oleh pekerja expatriat;

ii. Penyelarasan melalui Manpower Industry Steering Committee (MISC) – Energy Working Group bagi memastikan tenaga kerja tempatan mempunyai kemahiran yang pelbagai agar mereka kekal relevan, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang; dan

iii. Pemantauan berterusan perkembangan projek tenaga supaya perancangan tenaga kerja, latihan dan penempatan semula dapat dilaksanakan lebih awal mengikut keperluan industri.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.