Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL274
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA HAJI AWANG SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan bagaimana peruntukan berkaitan dengan Pengurusan Industri Pembinaan di bawah Kementerian Pembangunan digunakan bagi memajukan industri pembangunan di Negara ini, sasaran yang hendak dicapai dan impaknya yang sudah dilihat.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Khusus kepada tajuk peruntukan Pengurusan Industri Pembinaan, adalah bertujuan bagi peruntukan tahunan yang disediakan untuk pembayaran gaji pegawai dan kakitangan serta operasi Divisyen Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan.
Sebagai inisiatif dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan dengan perniagaan dalam industri pembinaan, kementerian menerusi ABCi juga mendapat peruntukan skim galakan kepada syarikat kontraktor atau Pembina melalui bimbingan kapasiti "Contractor Development Program" yang telah bermula pada tahun 2025 di mana seramai 40 syarikat telah menamatkan program tersebut. Program ini akan diteruskan lagi di mana peruntukan telah disediakan sebanyak $50,000.
Selain pembangunan kapasiti, ABCi turut melaksanakan inisiatif seperti promosi pemberigaan dan pameran bagi memperluaskan perkongsian ilmu dan maklumat terkini mengenai industri pembinaan.
Untuk makluman, setakat ini terdapat 1,667 syarikat Kontraktor/Pembina yang berdaftar di ABCi. Ini menunjukkan kecenderungan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terhadap industri pembinaan dan giat aktif dalam mengendalikan projek-projek yang berkaitan dengan pembinaan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.