Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL317
SOALAN
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SULAIMAN BIN HAJI NASIR meminta MENTERI KEWANGAN II menyatakan apakah usaha dan insentif yang akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan pelaksanaan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless) secara meluas di stesen-stesen minyak demi memudahkan urusan pengguna serta menyokong agenda pendigitalan negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kewangan II
Pada masa ini, perkhidmatan pembayaran tanpa tunai (cashless) boleh digunapakai di dua (2) buah stesen minyak iaitu Stesen Minyak TAIB Delima dan Stesen Minyak TAIB Beribi. Perkhidmatan cashless tersebut adalah melalui sistem tarusQR yang dikendalikan oleh Syarikat National Digital Payments Network Sdn Bhd ("ndpx"), yang mana membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR melalui aplikasi-aplikasi seperti MyDST, Progresif Ding! dan TAIBVX.
ndpx merupakan sebuah syarikat usaha sama di antara Syarikat Darussalam Assets dan institusi kewangan tempatan iaitu Bank Islam Brunei Darussalam, Baiduri Bank Berhad dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei "TAIB" bagi penubuhan sebuah Hab Pembayaran Digital yang akan mengendalikan sistem pembayaran yang pantas atau fast payment system.
Penggunaan mingguan tarusQR terus meningkat setiap minggu sejak kemudahan ini diperkenalkan. Dengan sokongan dan kerjasama daripada Perbadanan TAIB dan pengendali-pengendali aplikasi-aplikasi tersebut bersama pihak Brunei Shell Marketing, tarusQR dirancang untuk diperluaskan lagi, tertakluk kepada persetujuan dan ketersediaan stesen-stesen minyak lain di seluruh Negara Brunei Darussalam.
Selain daripada manfaat langsung kepada pihak pengguna sebagai kemudahan pembayaran alternatif, pembayaran secara digital ini antaranya akan dapat memperbaiki kecekapan pengurusan perniagaan terutamanya dalam kerja-kerja pengiraan, penyelarasan, serta membantu mengurangkan risiko penipuan kewangan.
Dalam masa yang sama, kemudahan pembayaran secara cashless dengan menggunakan kad kredit atau debit juga ada disediakan di beberapa stesen minyak terpilih di negara ini, walau bagaimanapun ianya adalah terhad bagi pembelian minyak Shell V-Power sahaja pada masa ini. Namun di sini ditekankan lagi bahawa penyediaan cashless secara meluas di stesen-stesen minyak di negara ini adalah tertakluk jua kepada ketersediaan ataupun "opt-in" dari pihak stesen-stesen minyak tersebut.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.