Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL282
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan bagaimanakah Kementerian memastikan penglibatan belia dalam proses pembangunan dasar negara diterjemahkan kepada penyertaan yang benar-benar mempengaruhi pembentukan dasar awam serta pembangunan masyarakat, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi pelapis yang berdaya saing dan berwibawa?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Penglibatan belia dalam proses pembangunan dasar negara adalah sangat penting memandangkan golongan belia bukan sahaja merupakan generasi pelapis, malah merupakan rakan strategik dan peneraju masa hadapan negara. Keterlibatan belia secara bermakna memberikan ruang kepada pandangan, aspirasi dan pengalaman mereka untuk diambil kira dalam pembentukan dasar dan pelaksanaan inisiatif yang memberi kesan kepada kehidupan mereka serta masyarakat secara keseluruhannya.
Pendekatan ini juga penting dalam membina rasa pemilikan (ownership) dan tanggungjawab (responsibility) bersama, memperkukuh keupayaan kepimpinan serta melahirkan generasi belia yang lebih berdaya saing, berwibawa dan bersedia untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan serta kemajuan Negara Brunei Darussalam.
Ke arah memastikan suara dan perspektif belia dapat disalurkan secara bermakna dalam proses pembangunan dasar dan pembangunan masyarakat, penglibatan belia dilaksanakan melalui pelbagai platform formal dan berskala besar, antaranya:
-
Kongres Belia Kebangsaan – merupakan salah satu platform utama bagi belia menyumbang resolusi, pandangan dan buah fikiran dalam menangani isu dan cabaran pembangunan belia masa kini dan masa hadapan. Hasil dan resolusi Kongres Belia Kebangsaan 2019 turut dijadikan sebagai asas dalam penyediaan Dasar Belia Negara dan Strategi (DBNS) 2020-2035 dan Pelan Tindakan DBNS 2020-2024.
-
Dialog dan Forum Belia serta Youth Town Hall – dianjurkan bersama KKBS dan Young Professionals Network (YPN) sejak 2020, dengan penyertaan lebih 500 belia bagi setiap edisi, memberi peluang kepada belia berinteraksi secara konstruktif dengan Menteri-Menteri, sekaligus membuka ruang kepada dialog terbuka, perkongsian pandangan dan penyampaian aspirasi generasi muda terhadap isu-isu pembangunan negara. Sejak pelaksanaannya, YTH telah diadakan sebanyak 8 kali, dengan setiap edisi melibatkan lebih daripada 500 belia.
-
Kumpulan Penasihat Belia (Youth Advisory Group, YAG) – yang dianggotai oleh kumpulan belia yang turut menjadi check and balance kepada pelaksanaan pelan tindakan dan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035. Di samping itu, kumpulan ini juga melaporkan perkembangan pelaksanaannya dari perspektif belia kepada Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.
-
Persidangan Kebangsaan Kali Pertama bagi Orang Kelainan Upaya telah julung kali diadakan pada Jun 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Majlis Belia Brunei, dalam mana melibatkan lebih 300 peserta terdiri daripada pembuat dasar, agensi-agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pakar antarabangsa, belia, ibu bapa/penjaga dan OKU. Hasil resolusi persidangan ini menjadi asas kepada pengemaskinian Pelan Tindakan Orang Kelainan Upaya seterusnya, iaitu bagi tahun 2026 hingga 2030.
Sementara itu, antara contoh nyata bagaimana suara dan pandangan belia diterjemahkan ke dalam pembentukan dasar ialah Dasar Belia Negara dan Strategi 2020–2035 (DBNS) berserta Pelan Tindakannya, yang dibangunkan melalui proses rebiu, konsultasi dan perbincangan dengan melibatkan penyertaan serta suara belia secara langsung. Pendekatan ini memastikan dasar dan strategi pembangunan belia bukan sahaja dibangunkan untuk belia, tetapi turut dibentuk bersama belia, selaras dengan prinsip penglibatan belia yang bermakna (meaningful youth engagement).
Kajian Indeks Pembangunan Belia (YDI) juga turut melibatkan belia dalam proses pengumpulan data dan penilaian, seterusnya menjadi asas kepada perancangan Pelan Tindakan Kedua DBNS bagi tempoh 2026–2030. Hasil kajian ini akan menjadi asas kepada perancangan Pelan Tindakan Kedua DBNS 2026–2030, yang akan memperkukuh strategi pembangunan belia serta memastikan mereka diberi peluang berkembang sebagai pemimpin masa depan yang berwawasan, berdaya saing, dan berintegriti.
Penglibatan belia juga bersifat multi-sektor dan merentas kementerian, sebagai contoh:
Sesi Scoping Exercise Workshop bagi Pelan Tindakan Kedua DBNS (2026–2030) yang diadakan baru-baru ini melibatkan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta serta pergerakan dan persatuan belia, mencerminkan pendekatan senegara.
Penglibatan Ahli Majlis Mesyuarat Negara dalam pelbagai program dan perbincangan berkaitan belia, termasuk Kem Belia Sustainable Development Goal (SDG) dan program pembangunan keusahawanan belia, menunjukkan bahawa isu belia turut diberi perhatian di peringkat penggubal undang-undang dan dasar negara.
Kesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen Kementerian untuk memastikan aspirasi dan suara belia bukan sahaja didengar, malah diberikan ruang untuk menyumbang secara bermakna kepada pembentukan dasar, strategi dan pelaksanaan program pembangunan negara.
Ke hadapan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus memperkukuh mekanisme sedia ada serta memperluas saluran dan peluang penyertaan bagi melibatkan lebih ramai belia daripada pelbagai latar belakang, termasuk di peringkat akar umbi, dalam proses perundingan, perancangan dan pembangunan dasar. Usaha ini adalah penting bagi memastikan penglibatan belia yang lebih inklusif dan bermakna, sekali gus memupuk rasa pemilikan dan tanggungjawab bersama serta melahirkan generasi pelapis yang berdaya saing, berwibawa dan bersedia untuk menerajui serta menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negara Brunei Darussalam.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.