Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL194 & PL224
SOALAN
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan pelaksanaan secara rintis pengaturan bekerja dari rumah secara bergilir, contohnya satu hari dalam seminggu bagi kementerian atau jabatan, sebagai satu pendekatan jangka panjang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak, meningkatkan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan serta menilai kesannya terhadap produktiviti perkhidmatan awam sebelum diperluaskan secara berperingkat?
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan status terkini cadangan untuk memberikan dua hari rehat berturut-turut dalam seminggu kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di bawah Dasar Keseimbangan Kerja-Kehidupan bagi Semua Tempat Kerja, sebagai salah satu tindakan berkepentingan di bawah Pelan Tindakan Kesihatan Mental 2022–2025, susulan kajian dan bengkel pembangunan dasar Kerajaan.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyediakan kertas kerja mengenai Pengaturan Kerja Fleksibel atau Flexible Working Arrangement (FWA) dalam Perkhidmatan Awam, yang turut merangkumi cadangan penyusunan semula hari bekerja Kerajaan kepada hujung minggu yang disatukan (non-split weekend).
Kertas cadangan ini telah dibentangkan dalam beberapa sesi permesyuaratan peringkat pengurusan tinggi bagi mendapatkan maklum balas awal pihak-pihak yang berkenaan. Antara perkara yang telah ditimbulkan ialah keperluan mewujudkan mekanisme pemantauan yang bersesuaian, pertimbangan terhadap pelaksanaan secara rintis, serta implikasi terhadap kecekapan dan produktiviti, kesinambungan operasi dan aksesibiliti penyampaian perkhidmatan.
Aspek lain yang turut diteliti termasuklah ketersediaan infrastruktur dan teknologi, kesesuaian fungsi serta keupayaan pegawai/kakitangan untuk melaksanakan cadangan aturan tersebut, keperluan penyesuaian atau penstrukturan semula proses kerja, kesinambungan perkhidmatan (business continuity), serta mengambil kira jua komposisi demografi tenaga kerja Perkhidmatan Awam yang sebahagian besarnya terdiri daripada kumpulan sokongan.
Penelitian ini akan mengambil kira keperluan operasi serta penyampaian perkhidmatan yang berbeza-beza di setiap Kementerian dan Jabatan, serta memperluaskan lagi penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan bagi memastikan penilaian yang lebih komprehensif, dan mengambil kira pelbagai perspektif.
Kedua-dua cadangan ini sedang melalui proses penelitian yang menyeluruh bagi memastikan sebarang keputusan dasar yang dibuat adalah berasaskan penilaian yang objektif, pandangan pihak-pihak berkepentingan serta keperluan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.